Utusan Borneo (Sarawak)

Periuk api ancam pelarian Rohingya

-

COX’S BAZAR: Dua kanakkanak Rohingya, salah seorang daripada mereka kehilangan sebelah kakinya, telah tercedera dalam satu letupan periuk api ketika mereka cuba melarikan diri dari keganasan di Myanmar semalam, menurut seorang pegawai sempadan Bangladesh.

Insiden muncul selepas seorang wanita Rohingya turut kehilangan kaki akibat letupan di kawasan yang sama kelmarin, menimbulka­n kebimbanga­n kawasan sempadan sengaja dipasang dengan periuk api.

“Mereka telah memijak beberapa bahan letupan sebegitu pada pagi ini dan salah seorang daripada mereka telah kehilangan kakinya ,” komander pengawal sempadan Manzurul Hasan Khan memberitah­u semalam mengenai dua kanak-kanak malang terbabit.

Punca letupan setakat ini tidak diketahui, menurut beliau yang berada dalam wilayah Myanmar, namun Khan percaya ia adalah akibat periuk api.

Khan menyatakan seorang wanita Rohingya telah dibawa ke sempadan kelmarin selepas kehilangan separuh kakinya dalam satu letupan, beberapa jam selepas pengawal mendengar satu letupan kuat dari bahagian Myanmar.

Khan menyatakan ramai penduduk Rohingya telah memasuki Bangladesh dengan kecederaan akibat tembakan, walaupun mustahil untuk menyatakan punca sebenarnya ketika akses media ke bahagian yang teruk terjejas di wilayah Rakhine di Myanmar adalah terhad.

Kesemua tiga mangsa terbabit telah dihantar ke beberapa hospital di Cox’s Bazar, bandar berhampira­n dengan sempadan, di mana ratusan ribu penduduk Rohingya, puak minoriti Islam tidak diiktiraf di negara Myanmar yang kebanyakan pendudukny­a beragama Buddha, telah berlindung di beberapa kem.

Mangsa tersebut juga antara kira-kira 90,000 orang penduduk Rohingya yang telah meninggalk­an rumah mereka di Rakhine untuk mendapatka­n perlindung­an di Bangladesh sejak kemunculan pertempura­n baharu di negara tersebut pada 25 Ogos.

Malaysia semalam memanggil duta Myanmar untuk meluahkan rasa kurang senang berhubung keganasan di Rakhine yang menyebabka­n hampir 125,000 Rohingya menjadi pelarian.

Myanmar mendakwa pasukan keselamata­nnya terlibat dalam kempen sah menentang teroris yang bertanggun­gjawab ke atas siri serangan menyasari pos pemeriksaa­n polis dan tentera sejak Oktober 2016. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MEMILUKAN: Pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Rakhine berehat di Ukhia dekat sempadan antara Bangladesh dan Myanmar, kelmarin.
— Gambar AFP MEMILUKAN: Pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Rakhine berehat di Ukhia dekat sempadan antara Bangladesh dan Myanmar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia