Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan kriket Australia nafi berasa terancam di Bangladesh

-

SYDNEY: Pasukan kriket Australia menegaskan semalam ia berasa selesa dengan keselamata­n di Bangladesh selepas satu insiden di mana tingkap pada bas pasukan tersebut dipecahkan.

CA menyatakan tingkap tersebut dipecahkan oleh sebiji batu kecil ketika para pemain Australia telah pulang ke hotel pasukan selepas hari pembukaan kelmarin d bagi Ujian kedua di Chittagong. Tiada sesiapa yang telah tercedera.

“Dalam perjalanan pulang ke hotel pada malam semalam satu bahagian tingkap pada bas pasukan Australia pecah.

“Tiada sesiapa telah tercedera dalam insiden tersebut,” menurut pengurus keselamata­n CA Sean Carroll menyatakan dalam satu kenyataan.

“Kakitangan pasukan keselamata­n sedang berbincang baru- baru ini dengan pihak berkuasa tempatan ketika mereka menyiasat punca kejadian, yang dipercayai sebagai diakibatka­n oleh sebiji batu.

“Pihak berkuasa Bangladesh telah mengambil serius insiden tersebut dan kawalan keselamata­n dipertingk­at di sepanjang laluan.”

CA menambah bahawa ia berasa gembira dengan langkah keselamata­n yang telah diambil dan selesa dengan respons pihak berkuasa Bangladesh.

Pesuruhjay­a Polis Metropolit­an Chittagong Iqbal Bahar menyatakan sebutir batu kecil yang terpelanti­ng dari van pengiring polis yang menyediaka­n kawalan keselamata­n untuk pasukan Australia mungkin punca tingkap pecah.

Dia menyatakan beberapa bahagian jalan menuju ke hotel pasukan Australia telah dibaik pulih dan terdapat banyak batu-batu kecil.

“Namun begitu, kami telah membentuk pasukan siasatan tiga anggota dan mereka sedang menyiasat kejadian itu,” menurut Iqbal.

“Insiden berlaku jam 6.30 petang waktu tempatan di kawasan kejiranan Mansurabad di Chittagong dalam perjalanan ke hotel.

“Kita boleh memastikan bahawa tiada masalah kawalan keselamata­n.

“Pasukan Australia telah tiba di kawasan tersebut pada hari ini dan mereka berasa gembira dengan kawalan keselamata­n.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia