Utusan Borneo (Sarawak)

Kes maut malaria di Itali misteri

-

ROM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun didapati mati akibat malaria selepas dijangkiti di utara Itali dalam kes yang menghairan­kan dunia perubatan, menurut para doktor semalam.

“Saya tidak pernah melihat kes seperti ini dan ia sememangny­a satu misteri.

“Tidak mungkin mangsa boleh mendapat malaria,” kata pengarah jabatan penyakit berjangkit Claudio Paternoste­r dari hospital Santa Chiara di Trento.

Sofia Zago tidak pernah berkunjung ke mana-mana negara berisiko sebaliknya menghabisk­an cuti musim panas bersama keluarga di tepi laut di wilayah Veneto.

Mangsa dimasukkan atas sebab kesihatan lain dalam wad pediatrik Santa Chiara, di mana mangsa bersentuha­n dengan dua kanak-kanak yang dijangkiti malaria semasa melawat Burkina Faso di Afrika.

“Tetapi hanya beberapa jenis nyamuk boleh memindahka­n penyakit tersebut antara manusia dan ia tidak wujud di Itali,” kata Paternoste­r.

Zago didiagnos menghidap malaria pada Sabtu dan dimasukkan ke unit rawatan rapi, sebelum semakin merosot keesokan harinya.

Tatkala terdapat beberapa kes malaria di Itali setiap tahun, ia dianggap sebagai ‘kes bagasi’ di mana seseorang membawa masuk nyamuk yang dijangkiti setelah pulang dari Afrika, menurut beliau.

Malaria wujud di Itali pada kurun ke- 19, khususnya di tengah, selatan dan kepulauann­ya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia