Utusan Borneo (Sarawak)

OKU yatim piatu antara pelajar baharu USM

Kekurangan diri bukan penghalang kejar ilmu di bawah program Ijazah Sarjana Muda

-

GEORGE TOWN: Seorang gadis yatim piatu dan tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU), tidak menjadikan kekurangan dalam dirinya sebagai satu penghalang bagi mengejar citacita menjadi pendidik dan melanjutka­n pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

A. Mahavithia, 22, yang cacat penglihata­n sejak berusia 11 tahun memilih untuk mendalami bidang sastera di USM di bawah program Ijazah Sarjana Muda selepas menolak beberapa tawaran daripada universiti tempatan yang lain.

Menceritak­an detik sedih hidupnya yang serba kekurangan, Mahavithia berkata ia tidak mematahkan semangatny­a untuk memasang impian dalam melanjutka­n pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat Sarjana Kesusaster­aan.

“Ibu saya sudah meninggal dunia ketika saya berusia lima tahun akibat kanser manakala ayah pula sudah lama meninggal sejak saya bayi lagi,” kata anak kedua daripada empat beradik itu pada sesi pendaftara­n pelajar baharu USM di sini, semalam.

Katanya, selepas kematian kedua ibu bapanya, beliau yang berasal dari Ipoh, Perak, tinggal bersama seorang kakak saudaranya yang merupakan seorang pekerja kilang.

“Pada mulanya, kakak saudara agak keberatan untuk melepaskan saya belajar (atas faktor jauh dan fizikal) tetapi saya berjaya meyakinkan beliau disebabkan minat yang begitu mendalam dalam bidang sastera ini.

Mahavithia berkata bagi memudahkan pembelajar­annya, beliau menggunaka­n sebuah komputer riba berkelengk­apan aplikasi pandu suara.

“Saya dapati proses pembelajar­an di sini amat mesra OKU kerana pihak universiti ada menyediaka­n bahan ilmiah dalam tulisan braille bagi golongan seperti kami,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar OKU, Muhammad Aslam Abdul Aziz, 21, yang mendaftar di bawah program sama turut berpendapa­t bahawa USM adalah antara universiti yang sangat mesra OKU.

“Faktor jarak juga diambil kira sebab keadaan kaki kanan saya yang cacat kekal akibat kemalangan kira-kira empat tahun lalu. Jadi USM adalah pilihan terbaik dan tepat untuk saya melanjutka­n pelajaran,” katanya yang berasal dari George Town di sini.

Terdahulu, pelajar-pelajar baharu mendengar ucaptama Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail sempena Majlis Sambutan Pelajar Siswa Baharu Sepenuh Masa Sidang Akademik 2017/2018.

Menurutnya, seramai 3,931 pelajar baharu lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM), Matrikulas­i, Asasi, Diploma dan setaraf mendaftar di ketiga- tiga kampus USM termasuk program pesisir bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) pada sidang kali ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? MESRA: Dr Asma (dua kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada seorang pelajar OKU cacat penglihata­n A. Mahavithia selepas Majlis Sambutan Siswa Pelajar Baharu Sepenuh Masa Sidang Akademik 2017/2018 semalam. CERIA: A. Mahavithia menunjukka­n isyarat bagus selepas...
— Gambar Bernama — Gambar Bernama MESRA: Dr Asma (dua kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada seorang pelajar OKU cacat penglihata­n A. Mahavithia selepas Majlis Sambutan Siswa Pelajar Baharu Sepenuh Masa Sidang Akademik 2017/2018 semalam. CERIA: A. Mahavithia menunjukka­n isyarat bagus selepas...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia