Utusan Borneo (Sarawak)

Perpustaka­an awam Pahang mula dibuka

-

KUANTAN: Perpustaka­an awam Pahang baharu yang terletak di Kemunting di sini, mula dibuka kepada orang ramai semalam, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Beliau berkata perpustaka­an baharu setinggi tiga tingkat yang dibangunka­n di tanah seluas 1.6 hektar itu turut menempatka­n ruangan petrosains, yang tidak mengenakan bayaran masuk bagi menarik minat kanakkanak untuk menerokai bidang sains.

Katanya, perpustaka­an itu juga menekankan konsep ‘mesra kanak-kanak’ yang ruangan sudut bacaan golongan itu membenarka­n interaksi, supaya kanak-kanak tidak cepat berasa bosan sekali gus mengekalka­n mereka berada dalam perpustaka­an untuk tempoh masa yang lama.

“Kami mahu mengubah tanggapan bahawa perpustaka­an adalah tempat yang suram dan sunyi, khususnya kepada kanak-kanak yang rutinnya lebih tertarik dengan perkara yang menyeronok­kan dan ini juga membantu perkembang­an minda mereka.

“Selain itu, untuk golongan remaja pula, kami menyediaka­n sudut jamming, juga secara percuma bagi mereka mengasah bakat selain berperanan sebagai daya penarik kepada remaja untuk ke perpustaka­an,” katanya di sini, semalam.

Shahaniza menambah bangunan perpustaka­an baharu yang terletak berhadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini juga dilengkapi dengan kemudahan bilik latihan dan dewan seminar yang disewakan pada harga berpatutan.

Bangunan baharu yang bernilai hampir RM45 juta yang bercirikan seni bina tempatan seperti seni luaran yang kelihatan seakan-akan gading gajah dan rekaan dinding dan tingkap bermotifka­n tenun Pahang mampu menampung lebih 1,000 pengunjung pada satu-satu masa.

Rancangan pembinaan bangunan perpustaka­an itu yang bermula sejak 2012 adalah bagi menggantik­an perpustaka­an lama yang merupakan bekas bangunan Dewan Undangan Negeri Pahang dan telah berusia lebih 40 tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Seorang bapa membawa barangan keperluan anaknya yang mula mendaftar semasa hari pendaftara­n pelajar bagi sesi akademik 2017/2018 di Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam. Seramai 4,957 pelajar baharu termasuk 511 pelajar antarabang­sa...
— Gambar Bernama GEMBIRA: Seorang bapa membawa barangan keperluan anaknya yang mula mendaftar semasa hari pendaftara­n pelajar bagi sesi akademik 2017/2018 di Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam. Seramai 4,957 pelajar baharu termasuk 511 pelajar antarabang­sa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia