Utusan Borneo (Sarawak)

Media sosial: Ibu bapa perlu pantau anak-anak

-

MELAKA: Ibu bapa diingatkan supaya memantau penggunaan media sosial anak-anak bagi mengelakka­n mereka terpengaru­h dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan pemikiran dan jati diri.

Pengerusi Jawatankua­san Penerangan, Komunikasi dan Koperasi Melaka Datuk Latiff Tamby Chik berkata keprihatin­an ibu bapa memantau pergaulan anak-anak melalui media sosial dapat mencegah kegiatan tidak berfaedah yang dilakukan anak- anak dari awal.

“Langkah ini tidak boleh dianggap remeh kerana walaupun pemantauan dilakukan masih terdapat kes terlepas pandang yang mendedahka­n kanak-kanak dengan jenayah siber disebabkan mereka mu- dah mengakses laman-laman web pornografi.

“Kita lihat kanak-kanak kini seawal usia 12 tahun tanpa segan silu memuat naik gambar seksi mereka di media sosial untuk tontonan umum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Seminar Media Sosial Peringkat Negeri Melaka 2017 di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Selatan Roszeta Kassim dan Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Nurhasnani Abdul Wahab.

Program berkenaan bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran mengenai penyebaran maklumat palsu di media sosial serta impak penyebaran tersebut terhadap negara dan masyarakat selain mendedahka­n trend jenayah siber yang berlaku di media sosial.

Pada masa sama Latiff turut menasihati ibu bapa agar berhati-hati dengan pemangsa pedofilia antarabang­sa yang aktif di laman maya dan menyasarka­n kanak-kanak termasuk di negara ini.

“Kepesatant­eknologime­mudahkan pedofilia tanpa mengira kedudukan geografi mengakses kanak-kanak di mana sahaja mereka berada termasuk di rumah,” katanya.

Menurut beliau sehingga Disember tahun lepas, sejumlah 244 laman komputer dan pornografi kanak-kanak disekat oleh MCMC hasil kerjasama dengan semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia