Utusan Borneo (Sarawak)

UUM terima lebih 4,000 pelajar baharu

-

SINTOK: Seramai 4,957 pelajar baharu termasuk 511 pelajar antarabang­sa mendaftar bagi pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana muda berkembar di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi sesi akademik 2017/2018.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim berkata daripada jumlah itu seramai 3,656 adalah pelajar perempuan dan selebihnya pelajar lelaki yang terdiri daripada lulusan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulas­i, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Kali ini UUM menawarkan lebih ramai pelajar berikutan kemampuan UUM yang telah menyediaka­n pelbagai kemudahan pembelajar­an, penginapan dan pensyarah yang mencukupi.

“Malah di atas pencapaian UUM termasukla­h mendapat kreditasi berprestij daripada The Associatio­n to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) tahun lalu menyebab- kan UUM diyakini dapat memberikan prestasi yang cemerlang kepada pelajar seperti universiti antarabang­sa terkemuka lain,” katanya pada sidang media semalam.

Abdul Malek berkata sehingga 30 Ogos lepas, jumlah keseluruha­n pelajar UUM adalah seramai 28,025 orang dengan membabitka­n seramai 5,601 pelajar peringkat pengajian siswazah dan pasca siswazah.

Dalam pada itu, beliau berkata UUM turut tidak melupakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan menyediaka­n pelbagai kemudahan termasuk van OKU, tandas OKU serta asrama khas buat golongan itu untuk keselesaan mereka sepanjang berada di kampus.

“Kita ke arah menjadikan universiti ini sebagai mesra OKU dan pelbagai kemudahan di kampus ini akan disediakan dan bersesuaia­n dengan golongan istimewa itu untuk mereka bergerak dan melakukan aktiviti sepanjang berada di sini, agar mereka juga tidak merasa tersisih dan ketinggala­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia