Utusan Borneo (Sarawak)

LAGI KES ROGOL DARAH DAGING

KES 1: Datuk, bapa saudara ditahan di Sibu. KES 2: Bapa dicekup di Kuching.

- Oleh Michael Ubam dan Jeremy Lanson

SIBU: Dua lagi kes rogol sumbang mahram terbongkar dengan dua beranak di Sibu dan seorang bapa di Kuching ditahan, semalam.

Dalam kes di sini, seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa nafsu buas datuk dan bapa saudara yang dipercayai merogolnya beberapa kali.

Kedua-dua suspek ditangkap di lokasi berasingan dengan datuk mangsa, 53, ditahan di sebuah rumah panjang di Sungai Durin, manakala bapa saudara mangsa dicekup semasa bekerja di sebuah kilang kayu juga di Durin petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar memberitah­u, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 B Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kes itu hanya terbongkar pada jam 10 pagi 2 September lalu ketika mangsa, seorang murid sekolah rendah memberitah­u ibunya yang berusia 27 tahun bahawa dia telah diperkosa beberapa kali oleh kedua-dua suspek.

Kata Dev, datuk dan bapa saudara mangsa yang berusia 25 tahun dipercayai telah melakukan perbuatan keji tersebut sejak tahun lepas.

“Kesalahan rogol itu dipercayai berlaku di sebuah rumah panjang di Sungai Durin.

“Pada masa itu, mangsa tinggal di rumah datuknya, manakala ibunya tinggal di Mukah,” katanya.

Menurut Dev, datuk mangsa baharu dibebaskan dari penjara tahun lalu selepas menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan atas kesalahan rogol terhadap kakak pengadu pada tahun 2008.

“Kedua-dua suspek akan direman pagi esok (pagi ini),” tambahnya.

Difahamkan, datuk mangsa melakukan kesalahan terdahulu ketika kakak pengadu berusia 15 tahun.

Ibu mangsa difahamkan telah berpisah dengan ayah mangsa sejak tujuh tahun lalu dan kini sudah berkahwin lagi.

Sejak suspek (datuk mangsa) dibebaskan dari penjara, dia tinggal bersama isterinya (nenek mangsa) yang menjaganya, bapa saudaranya (suspek kedua) dan sepupu mangsa berusia lima tahun.

Ibu mangsa akan melawat mangsa sekaliseka­la dan hanya akan membawanya ke Mukah ketika cuti persekolah­an di mana mangsa memberitah­u ibunya apa yang telah berlaku pada dirinya pada cuti Ogos lalu.

Sementara itu di Sarikei, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga mendakwa dirogol bapa kandungnya sejak bulan Julai lalu di rumah mereka di sebuah rumah panjang di Sungai Bulat.

Dev memberitah­u, mangsa sekitar jam 10.35 pagi semalam mengadu sakit di bahagian perutnya kepada warden asrama sekolah tempatnya bersekolah dan kemudian terus menceritak­an peristiwa pahit yang menimpa dirinya.

“Mangsa juga menceritak­an kepada warden terba- bit bahawa bapa kandungnya telah merogolnya menyebabka­n warden tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Sarikei untuk pemeriksaa­n.

“Difahamkan, kejadian rogol tersebut dipercayai berlaku di rumah mangsa di sebuah rumah panjang di Sungai Bulat sejak Julai 2017,” kata Dev yang turut memberitah­u laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh pihak hospital untuk siasatan lanjut.

Susulan laporan tersebut, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei telah menahan suspek yang merupakan bapa mangsa, berusia 38 tahun sekitar jam 4 petang semalam.

“Suspek merupakan seorang buruh kasar telah ditangkap di wad kecemasan Hospital Sarikei ketika dia datang melawat mangsa,” jelas Dev.

Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan dan mangsa masih berada di Wad Perubatan Wanita Hospital Sarikei untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Suspek akan direman pagi esok (pagi ini) pada jam 9 pagi di Mahkamah Sarikei di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen,” kata Dev lagi.

 ??  ?? TIDAK INSAF: Datuk mangsa ditahan atas kesalahan yang pernah dilakukann­ya terhadap kakak mangsa. MEMALUKAN: Bapa saudara mangsa ditangkap semasa bekerja di sebuah kilang kayu di Durin petang semalam. DICEKUP: Suspek juga bapa mangsa kes rogol di...
TIDAK INSAF: Datuk mangsa ditahan atas kesalahan yang pernah dilakukann­ya terhadap kakak mangsa. MEMALUKAN: Bapa saudara mangsa ditangkap semasa bekerja di sebuah kilang kayu di Durin petang semalam. DICEKUP: Suspek juga bapa mangsa kes rogol di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia