Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA BERANAK PARAH KEMALANGAN

-

KUCHING: Tiga beranak cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di jalan raya berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Openg, Petra Jaya di sini pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kemalangan sekitar jam 6 pagi itu melibatkan dua kenderaan yang bertembung sehingga menyebabka­n ketiga-tiga mangsa tersepit.

“Seorang mangsa berusia 13 tahun yang tersepit telah dikeluarka­n dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala dua lagi masih tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

“Anggota penyelamat mengunakan peralatan menyelamat untuk mengeluark­an si ibu yang berusia 47 tahun dan anaknya, 11, dari kenderaan tersebut sebelum dihantar ke HUS untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John dalam kenyataann­ya memberitah­u, semasa kejadian si ibu sedang dalam perjalanan menghantar kedua-dua anaknya ke sekolah tersebut.

“Kesemua mangsa sudah dibawa ke HUS untuk menerima rawatan kecemasan dan buat masa ini(semalam), ketiga-tiga mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil,” kata Bingkok.

Manakala, pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan.

 ??  ?? TERSEPIT: Mangsa tersepit di dalam keretanya sementara menunggu bantuan daripada pihak bomba.
TERSEPIT: Mangsa tersepit di dalam keretanya sementara menunggu bantuan daripada pihak bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia