Utusan Borneo (Sarawak)

PEMBANGUNA­N BOLING SARAWAK DIPUJI

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Ketua jurulatih boling negara, Holloway Cheah memuji Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak ( ABAS) atas kejayaan melahirkan ramai pemain boling remaja berbakat.

Menurut Holloway, persatuan itu telah bekerja keras dengan menganjurk­an pelbagai kejohanan seperti Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2017 yang telah melahirkan ramai pemain remaja cemerlang.

“Sarawak adalah negeri utama yang banyak melahirkan ramai pemain boling remaja yang berbakat.

“Ini kerana negeri ini mempunyai program pembanguna­n remaja yang baik di bawah kepimpinan cemerlang Presidenny­a, Sunny Sii, Robert Lu dan jurulatih Jackson Ting,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2017 di Megalanes Sarawak, Batu Kawa semalam.

Holloway turut memuji inisiatif ABAS dalam mem- bawa kejohanan dunia itu di Sarawak yang menyaksika­n penyertaan lebih 230 peserta dari 13 negara berentap memburu kejuaraan.

Jelasnya, penyertaan ramai pemain remaja Malaysia pada kejohanan tersebut member i petanda bai k terhadap pembanguna­n jangka panjang sukan boling negara.

Meskipun t idak meletakkan sebarang sasaran, Holloway tetap membariska­n skuad terbaik seramai sembilan atlet dari program podium untuk memberikan cabaran diketuai pemenang emas Sukan SEA 2017, Shalin Zulkifli dan Rafiq Ismail.

Pemain lain yang turut tersenarai ialah Esther Cheah, Syaidatul Afifah, Rafiq Ismail, Alex Liew, Syafiq Ridhwan, Timmy Tan dan Adrian Ang.

“Kita tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan ini. Penyertaan atlet negara untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri Sarawak dan mempromosi sukan boling.

“Pemain kita tetap akan berdepan cabaran sengit bukan sahaja dari luar malah sesama mereka. Dan saya rasa peserta luar negara juga tidak sabar untuk menewaskan pemain ne- gara,” katanya lagi. Kejohanan Boling Ter- buka Antarabang­sa Sarawak 2017 yang berlangsun­g dari 6 hingga 9 September menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM100,000 kepada para pemenang.

Ia mempertand­ingkan tiga kategori iaitu Terbuka, ‘ Classified’ dan Remaja.

Blok pertama sebanyak lapan perlawanan ( pusingan kelayakan) melibatkan skuad A berlangsun­g pagi semalam ( 8.30 pagi), disusuli aksi skuad B pada jam 1.30 tengah hari dan skuad C pada jam 6.30 petang.

Manakala persaingan blok kedua akan diteruskan hari ini pada jam sama untuk menentukan peserta layak ke peringkat seterusnya.

Sarawak adalah negeri utama yang banyak melahirkan ramai pemain boling remaja yang berbakat.

 ??  ??
 ??  ?? HOLLOWAY
HOLLOWAY
 ??  ?? MAJUKAN TAKRAW: Abang Khalid (tiga kiri) bergambar bersama Exco baharu Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching selepas selesai AGM.
MAJUKAN TAKRAW: Abang Khalid (tiga kiri) bergambar bersama Exco baharu Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching selepas selesai AGM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia