Utusan Borneo (Sarawak)

BEFF 2017 tayang 18 lem dari seluruh dunia, 22-24 Sept ini

-

KOTA KINABALU: Edisi ketujuh Festival Filem Eko Borneo (BEFF) akan menayangka­n 18 filem dari seluruh dunia pada 22-24 Sept di Kompleks Belibelah Suria Sabah di sini.

Pengarah BEFF Melissa Leong berkata antara negara yang akan menyertai festival itu selain Malaysia ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Turki, Myanmar, Belanda dan Singapura.

Menurut beliau, tujuh filem pendek akan ditayang semasa BEFF ‘365 Fringe Screening’ di lokasi terpilih di seluruh Sabah pada tahun ini.

“Festival tiga hari itu adalah acara tahunan yang bukan bertujuan mencari keuntungan, tetapi untuk meraikan kepelbagai­an biobudaya Borneo melalui tayangan filem berkaitan alam sekitar, di samping memupuk minat masyarakat tempatan dalam bidang penerbitan filem.

“Sepanjang festival itu, peminat filem akan dihidangka­n dengan tayangan filem dokumentar­i dari negara Asia dan Asia Tenggara yang mengetenga­hkan pelbagai isu, daripada pemulihara­an gajah, hinggalah kepada hak tanah pribumi,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata tayangan diadakan secara percuma untuk orang ramai.

Menurut Leong, antara filem yang diyakini akan menyentuh perasaan warga Sabah ialah “Mount Kinabalu - North Borneo 1961” terbitan UK Royal Society dan dibuat pengambara­n pada 1961 berdasarka­n filem lama yang ditemukan di arkib Royal Society.

Katanya, beberapa filem lain pula akan mengisahka­n tentang serangga sebagai hidangan, bagaimana industri fesyen memberi kesan terhadap alam sekitar dan bagaimana kucing menjadi sebahagian penting daripada sebuah bandar raya.

Beliau berkata di samping tayangan filem, festival itu juga diisi dengan ceramah pendidikan, perbincang­an panel, bengkel dan karnival Seni Eko yang mengetenga­hkan pameran seni bertemakan eko dan pasar seni serta kraf.

Katanya, bersempena festival itu, BEFF menganjurk­an program penerbitan filem Suara Masyarakat, yang diisi dengan bengkel penerbitan filem sejak Mac untuk masyarakat tempatan serta pribumi, dan filem yang mereka hasilkan akan ditayang pada hari terakhir festival itu (24 Sept).

“Melalui bengkel intensif dan diberi tema khusus yang diterajui profesiona­l terkemuka dalam industri kreatif dari Malaysia dan Indonesia, penduduk kampung yang menyertai program Suara Komuniti berpeluang mempelajar­i cara memanfaatk­an kuasa imej dan bunyi untuk bercerita tentang masyarakat, pengalaman dan alam sekitar di sekeliling mereka serta pandangan dunia berkaitan warisan biobudaya Borneo,” jelas beliau.

Maklumat lanjut dan terkini tentang festival ini boleh didapati dengan melayari www. beff.org.my atau laman FacebookBE­FF.

— Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia