Utusan Borneo (Sarawak)

Protes anti-Myanmar kini memuncak

Rapat umum anjuran Islamis Indonesia di Jakarta tuntut putuskan hubungan

-

JAKARTA: Ribuan rakyat Indonesia diterajui kumpulan Islami s mengadakan rapat umum di sekitar kedutaan di Jakarta semalam untuk memprotes layanan terhadap Muslim Rohingya dan menuntut hubungan di antara keduadua negara tersebut diputuskan.

Indonesia mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia dan sejak krisis meletus di Myanmar, beberapa protes anti-Myanmar telah diadakan di Jakarta dan ibu negara Malaysia Kuala Lumpur mengenai layanan negara majoriti Buddha itu terhadap kira-kira 1.1 juta Rohingya.

Jalan raya disekat dan penghadang kawat berduri dipasang di sekeliling kompleks kedutaan dalam daerah mewah di ibu negara yang dipantau anggota polis antirusuha­n yang turut mengerahka­n meriam air.

Sesetengah penunjuk perasaan melaungkan ‘ Allahuakba­r’, manakala yang lain melontarka­n slogan seperti ‘Sembelih Myanmar’ dan ‘Bakar kedutaan’.

“Orang Buddha mesti menghormat­i Muslim di Myanmar dalam cara yang sama Muslim menghormat­i orang Buddha di Indonesia,” menurut seorang penceramah menggunaka­n alat pembesar suara kepada para peserta perhimpuna­n.

Hampir 125,000 Rohingya telah melarikan diri daripada pertempura­n antara pemberonta­k Rohingya dan tentera kerajaan di negeri barat laut Rakhine.

Puluhan ribu telah merentasi sempadan ke negara jiran Bangladesh.

Menteri Luar Retno Marsudi bertemu pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi dan pegawai kanan keselamata­n minggu ini untuk menggesa pertumpaha­n dihentikan.

Suu Kyi semalam bagaimanap­un mendakwa kemarahan global terhadap Myanmar dimarakkan oleh maklumat yang salah, selepas PBB mengetuai seruan terhadap kerajaanny­a untuk menamatkan keganasan semasa.

Dalam komen awam pertamanya sejak serangan bulan lepas, beliau mendakwa simpati terhadap Rohingya di jana oleh maklumat yang salah dengan tujuan mencetuska­n banyak masalah antara komuniti berlainan dan dengan matlamat mempromosi­kan kepentinga­n teroris.

Komen tersebut dibuat dalam kenyataan rasmi pejabatnya susulan perbualan telefon dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang menggelark­an keganasan di Myanmar terhadap Rohingya sebagai genosid.

Sebaliknya Suu Kyi mempertaha­nkan tindakan kerajaan nya dengan menegaskan pentadbira­nnya melindungi semua rakyat di Rakhine.

Awal tahun ini, penyiasat PBB berkata tentera Myanmar telah menggunaka­n kekejaman melampau dalam operasi keselamata­n yang boleh dianggap sebagai pembersiha­n etnik Rohingya.

Kerajaan Suu Kyi menepis semua tuduhan tersebut dan enggan membenarka­n visa untuk pegawai PBB yang dipertangg­ungjawabka­n unutk menyiasat laporan kekejaman tersebut.

Marsudi turut melawat ibu negara Bangladesh Dhaka untuk menawarkan bantuan dalam menangani krisis kemanusiaa­n itu.

Sesetengah penunjuk perasaan pada rapat umum di Jakarta menyeru pengusiran duta Myanmar berhubung isu tersebut, selain menuntut hubungan diplomatik antara kedua- dua negara diputuskan.

Kakitangan kedutaan Myanmar selamat, jelas jurucakap kementeria­n luar Armanatha Nasir.

Pada hujung minggu lalu, bom petrol yang dilempar ke arah bangunan kedutaan menyebabka­n satu kebakaran kecil.

Polis telah berikrar untuk menghalang kumpulan Islamis daripada mengadakan rapat umum esok di tokong Buddha Borobudur di Pulau Jawa Tengah untuk memprotes layanan Myanmar terhadap Rohingya. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MELONTARKA­N KETEGASAN: Penunjuk perasaan mengadakan rapat umum memprotes Myanmar di luar kedutaan Myanmar di Jakarta, semalam.
— Gambar Reuters MELONTARKA­N KETEGASAN: Penunjuk perasaan mengadakan rapat umum memprotes Myanmar di luar kedutaan Myanmar di Jakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia