Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kempunan ‘nikmati’ hasil rompakan

Dicekup kurang 48 jam selepas lakukan empat rompakan bersenjata, curi kenderaan

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Tiga perompak tidak sempat ‘menikmati’ hasil rompakan mereka apabila dicekup polis kurang daripada 48 jam selepas melakukan sekurangku­rangnya empat rompakan bersenjata serta satu kes curi kenderaan sejak 4 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, ketiga- tiga suspek berusia 19 (wanita), 24, dan 26 tahun ditangkap dalam satu serbuan ke atas sebuah bilik di inap desa di Kota Sentosa sekitar jam 8.30 malam kelmarin.

Menurutnya, serbuan oleh anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching diketuai ASP Ooi Jin Bing turut berjaya merampas samurai, kayu, topi keledar, sarung tangan, pemetik api, rokok, telefon bimbit dan wang tunai.

“Kes pertama iaitu pada 4 September sekitar jam 3 pagi, kumpulan ini telah merompak

Kes pertama iaitu pada 4 September sekitar jam 3 pagi, kumpulan ini telah merompak sebuah kedai runcit di Kota Sentosa dan melarikan wang tunai RM600. Datuk Dev Kumar Ketua JSJ Sarawak

sebuah kedai runcit di Kota Sentosa dan melarikan wang tunai RM600.

“Pada hari berikutnya, kumpulan ini melakukan tiga rompakan. Pertama sekitar jam 4 pagi di sebuah kedai runcit 24 jam di Kota Samarahan serta sebuah lagi kedai runcit di Stutong sejam kemudian dan melarikan sekurangku­rangnya RM2,335 bersama rokok.

“Suspek turut merompak wang tunai RM16 serta telefon bimbit milik seorang penunggang motosikal yang dipercayai dilanggar suspek di Jalan Kuching-Samarahan Expressway pada hari yang sama sekitar jam 12.30 tengah hari,” kata Dev.

Difahamkan, polis turut menyita sebuah kereta yang dipercayai digunakan kumpulan terbabit semasa melakukan jenayah mereka.

“Susulan penangkapa­n ketiga-tiga suspek membawa kepada penemuan sebuah kereta yang diparkirka­n di hadapan sebuah kedai tidak jauh dari bilik inap desa yang didiami mereka.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas kereta tersebut juga didapati ia kereta curi yang dilaporkan hilang di kawasan Stutong pada 5 September,” kata Dev

Ketiga-tiga suspek ditahan reman bermula semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

“Kes disiasat sebagai kes rompakan berkumpula­n dan bersenjata.

“Ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphet­amine ( syabu),” kata Dev.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal turut mengucapka­n tahniah kepada pasukan JSJ IPD Kuching serta Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai kerana berjaya menyelesai­kan kes tersebut dalam masa yang singkat.

 ??  ?? DITAHAN: Dua daripada suspek yang ditahan dalam serbuan tersebut.
DITAHAN: Dua daripada suspek yang ditahan dalam serbuan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia