Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tangkap dalang pecah rumah Bintulu

-

BINTULU: Polis Bintulu berjaya menumpaska­n kegiatan pecah rumah di bahagian ini selepas tertangkap­nya seorang suspek lelaki berusia 45 tahun di sebuah perumahan kawasan Jalan Sebiew di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu, ACP Zailanni Amit berkata, penangkapa­n lelaki itu membawa kepada rampasan barangan curi seperti 32 batang aluminium, 24 laminate flooring, masing-masingnya satu unit pendingin hawa, pam air jenama Bosch BMP 150, pam air jenama Robin EY15, pemampat jenama D-3 dan HP2, jana kuasa penyejuk diesel termasuk Three Phase Asynchrono­us Motor.

Kata Zai lanni , turut dirampas ialah lapan unit tong gas hijau, tiga unit lampu kereta, satu unit Dynamo, lima unit penyerap, satu unit tail panel Toyota Hilux, satu unit gergaji berantai jenama Falcon, tiga unit hand grinder, satu unit pam air jenama Bosch Aquatak 1200 plus, empat kotak Handong Hydraulic, satu unit kotak perkakas, empat tong minyak gris jenama MPG- 2 dan satu tong minyak pelincir jenama ZIC.

“Sebelum serbuan, kami menerima aduan seorang lelaki berumur 36 tahun pada jam lebih kurang 9.39 pagi, 29 Ogos lalu semasa pengadu berada di Tubau dia menerima maklumat mengenai rumahnya di Jalan Sebiew telah dipecah masuk pencuri,” katanya.

Jelas Zailanni lagi, pengadu bergegas ke kediamanny­a lalu membuat pemeriksaa­n dan mendapati beberapa barang hilang seperti satu unit televisyen, 10 tong minyak gris, satu tong minyak enjin, satu tong gas, dua unita water jet jenama Bosch, satu unit Gensor jenama China, tiga unit grander jenama Hitachi, satu unit mesin penguji bateri, satu kotak spanar, satu unit pemotong besi jenama Bosch, satu unit pengecas jana kuasa dan bahagian penggali yang kesemuanya dalam anggaran RM110,000.

Katanya, kes terbabit masih dalam siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membabit pecah masuk dan curi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia