Utusan Borneo (Sarawak)

Dua penjawat awam mengaku tidak salah buat tuntutan perjalanan palsu

-

LIMBANG: Dua penjawat awam sebuah jabatan kerajaan di Limbang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membuat tuntutan palsu membabitka­n eluan perjalanan rasmi di antara November dan Disember 2015.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh 43, didakwa mengemukak­an dokumen tuntutan palsu di dalam Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Rasmi berjumlah RM935 untuk melakukan kerja di luar kawasan di Ulu Sungai Lubai pada 21 Ogos hingga 1 September 2015 sedangkan tertuduh tidak berada di lokasi pada 22 Ogos dan 24 Ogos 2015.

Bagi tuntutan palsu kedua, tertuduh turut mengemukak­an satu lagi dokumen Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Rasmi berjumlah RM2,210 untuk melakukan kerja di luar kawasan di Ulu Sungai Lubai pada 25 Julai hingga 20 Ogos 2015 sedangkan tertuduh tidak berada di lokasi pada 5 Ogos 2015.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat jabatan berkenaan di sini pada 10 November dan 12 Disember 2015.

Sementara itu, tertuduh kedua berusia 54 tahun didakwa mengemukak­an tiga dokumen tuntutan palsu di dalam Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Rasmi dengan tuntutan keseluruha­n berjumlah RM6,655.

Kesalahan dilakukan di pejabat jabatan sama pada 4, 17 November dan 21 Disember 2015.

Bagi kesalahan itu, kedua- dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai jumlah butiran palsu atau RM10,000 atau mana yang paling tinggi dan kedua-duanya tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia