Utusan Borneo (Sarawak)

MyPAC mahu lahir akauntan bertauliah Bumiputera

Setakat ini hanya terdapat tiga peratus Bumiputera daripada jumlah keseluruha­n akauntan profesiona­l di S’wak

-

KUCHING: Pusat Perakaunan Profesiona­l Malaysia ( MyPAC) dan rakan strategik, Kolej Sunway Kuching berhasrat melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah daripada kalangan Bumiputera (BPA) bagi menyokong pelan pembanguna­n ekonomi di Sarawak.

Perkara itu disampaika­n kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dalam kunjungan hormat diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyPAC Datuk Zaiton Mohd Hassan dan CEO Kolej Sunway Kuching Joseph Lim dalam kunjungan hormat ke Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini, semalam.

Menurut satu kenyataan semalam, setakat ini hanya terdapat tiga peratus Bumiputera daripada jumlah keseluruha­n akauntan profesiona­l di Sarawak.

“Justeru, terdapat keperluan segera untuk meningkatk­an angka ini melihat kepada permintaan tinggi akauntan profesiona­l,” kata kenyataan tersebut.

MyPAC memp un y a i tumpuan spesifik untuk membantu pelajar Bumiputera, khususnya daripada kalangan keluarga kurang berkemampu­an untuk mendapatka­n kelayakan dengan mengatasi tiga cabaran utama iaitu kesedaran, pendanaan dan keupayaan untuk lulus peperiksaa­n ini pada standard global yang tinggi.

MyPAC dan Kolej Sunway Kuching dengan status Platinum ACCA yang diluluskan sebagai rakan pembelajar­an menandatan­gani perjanjian kerjasama strategik pada Mac 2017.

MyPAC dan Kolej Sunway Kuching, Rakan Pembelajar­an Status Platinum Diluluskan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) menandatan­gani perjanjian perkongsia­n strategik mereka pada Mac 2017.

Setakat ini, terdapat seramai 10 pelajar melanjutka­n pengajian program ACCA selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

MyPAC dan Kolej Sunway Kuching yakin jumlah itu akan meningkat secara signifikan dengan sokongan pihak berkuasa negeri, majikan dan pemegang taruhan relevan di Sarawak.

Permohonan kini dibuka untuk pelajar SPM untuk kemasukan 2018 menerusi www.mypac.org.my.

Justeru, terdapat keperluan segera untuk meningkatk­an angka ini melihat kepada permintaan tinggi akauntan profession­al. Jurucakap MyPAC

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Abang Johari (tengah) bergambar kenangan bersama rombongan MyPAC. Turut kelihatan Zaiton (kiri) dan Joseph (dua kanan).
KUNJUNGAN HORMAT: Abang Johari (tengah) bergambar kenangan bersama rombongan MyPAC. Turut kelihatan Zaiton (kiri) dan Joseph (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia