Utusan Borneo (Sarawak)

INTEGRITI anjur Program Jerayawara Integriti 2017 di seluruh Malaysia

-

KUCHING: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengambil pendekatan turun padang dengan penganjura­n Program Jerayawara Integriti 2017 yang akan melibatkan kesemua negeri di Malaysia, dengan sesi terbaharu diadakan di bandar raya ini, semalam.

Program itu merupakan salah satu mekanisme INTEGRITI untuk membantu kerajaan- kerajaan negeri menjayakan agenda pembudayaa­n, penghayata­n dan pengukuhan integriti selaras dengan Pelan Integriti Nasional (PIN).

Ia juga dapat memberi gambaran jelas dalam perencanaa­n program atau aktiviti integriti agar lebih tersusun, terarah dan sistematik serta meninggalk­an kesan dan impak yang menyeluruh ke atas kumpulan sasaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, dalam usaha membudayak­an agenda integriti, jerayawara itu adalah untuk berkongsi program-program integriti atau kaedah-kaedah baharu, selain memperkena­lkan produk dan instrumen yang dibangunka­n oleh INTEGRITI.

Antaranya adalah Integrity Assessment Tools, Malaysian Integrity Profile, Pelan Integriti Organisasi dan Pembanguna­n Integriti Bersama Komuniti.

Menerusi Jerayawara Integriti 2017 katanya, segala maklumat berkaitan isu integriti di peringkat negeri akan dimuat naik dalam sistem yang dinamakan sebagai ‘Dashboard Integriti’, yang merupakan satu paparan dalam bentuk pembanguna­n analisis yang berinforma­tif dan interaktif.

Melalui sistem itu, maklumat yang disediakan dapat dikongsi bersama bagi tujuan rujukan dan tindakan agensiagen­si pelaksana.

Selain itu, data ‘dashboard’ itu juga akan memberi kemudahan secara mendalam kepada agensi-agensi pelaksana untuk mengenal pasti sebarang ketidakber­kesanan atau dapat menjangkak­an perubahan trend sesuatu program.

Anis yakin Jerayawara Integriti 2017 akan memperliha­tkan dengan lebih jelas tentang isu-isu yang ada atau wujud di negeri masing-masing yang melibatkan integriti.

Malah dengan maklumat yang ada, pihak-pihak berkaitan dapat mencari penyelesai­an terbaik untuk meningkatk­an tahap integriti di negeri masing-masing.

“INTEGRITI menghargai sokongan yang diperlihat­kan oleh kerajaan-kerajaan negeri dalam memperkuku­h budaya berintegri­ti tinggi.

“Penganjura­n bersama Jerayawara Integriti 2017 adalah satu contoh. Justeru kami mengalu-alukan pandangan dan cadangan bernas yang berterusan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Anis memberitah­u, Jerayawara Integriti 2017 juga merupakan pendekatan ‘komunikasi dua hala’ kerana bukan sahaja mengenal pasti isu-isu integriti dan mencari jalan penyelesai­an di setiap negeri, yang berbeza dari segi sifat dan keunikan tersendiri.

Tambahnya, ia juga satu platform penting untuk mengumpulk­an maklumat bagi perancanga­n Hala Tuju Fasa Ketiga Pelan Integriti Nasional (PIN) yang diperkenal­kan pada 2004.

“INTEGRITI kini dalam proses menggubal fasa ketiga PIN. Sehubungan itu INTEGRITI memerlukan pandangan dan input daripada rakyat di peringkat akar umbi di setiap negeri. Kami amat berharap rakyat pelbagai peringkat akan memberi sokongan yang membina dalam proses menyediaka­n hala tuju fasa ketiga PIN,” katanya.

Program Jerayawara Integriti 2017 itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

Ia yang berlangsun­g di Galeri TM, Dewan Pustaka Negeri Sarawak, dirasmikan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip mewakili Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Talib ketika membacakan teks ucapan Ketua Menteri, menyeru semua pihak tidak mengira kedudukan dan latar belakang agar samasama membantu mendukung amanah dalam memastikan setiap tindakan adalah berlandask­an prinsip integriti yang sewajarnya.

Justeru kata beliau, pemahaman, pengamalan, penghayata­n dan pembudayaa­n integriti amat perlu dilaksanak­an.

“Hakisan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam dan komuniti akan merencatka­n kelancaran pentadbira­n.

“(Oleh itu) pembudayaa­n integriti bukan sahaja jatuh pada bahu institusi pentadbira­n sahaja, tetapi juga memerlukan penyertaan mantap daripada institusi agama, institusi ekonomi, institusi politik, institusi keluarga, institusi sosiobuday­a, institusi komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.

Beliau menambah, inisiatif seperti Jerayawara Integriti seharusnya dilaksanak­an dengan kerap agar pembudayaa­n integriti secara konsisten dapat diterapkan dalam diri setiap individu.

Penganjura­n program ini bermula di Shah Alam, Selangor bulan lalu. INTEGRITI akan mengadakan program ini di negeri-negeri lain dalam waktu terdekat.

 ??  ?? TAKLIMAT: Anis (kanan) memberi penerangan mengenai instrumen INTEGRITI kepada Talib.
TAKLIMAT: Anis (kanan) memberi penerangan mengenai instrumen INTEGRITI kepada Talib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia