Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga perkara perlu perhatian di bawah Kesejahter­aan Komuniti dikenal pasti

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah mendedahka­n bahawa pihaknya telah mengenal pasti tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam Bidang Keberhasil­an Utama (KRA) 5 di bawah komponen Kesejahter­aan Komuniti.

Menurutnya, ia termasuk keyakinan orang ramai terhadap keselamata­n, solidariti dan kesejahter­aan masyarakat.

Fatimah berkata isu tersebut perlu ditangani dengan berkesan bagi memastikan perpaduan di negeri ini terus berkekalan.

“Perkara kesejahter­aan masyarakat menjadi antara penyumbang terbesar dalam agenda transforma­si sosial dan Indeks Kesejahter­aan Sosial Negeri,” katanya.

Fatimah berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Rasmi Bahagian Solidariti oleh Unit Keselamata­n Negeri (UKN) Pejabat Ketua Menteri kepada kementeria­nnya di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau mendedahka­n menerusi komponen solidariti itu, terdapat beberapa perkara yang telah dikenal pasti dalam meningkatk­an keutuhan perpaduan.

Fatimah berkata ia melibatkan masyarakat hanyut, individual­isme, hubungan maya, kurang patriotism­e, ekstremis dan perkauman.

“Ini adalah perkara yang telah dikenal pasti, kita akan fokus dengan aspek ini bagi mengelak perpecahan perpaduan.

“Kita tidak mahu golongan ini terus hanyut dalam dunia mereka sendiri dan tidak bersosial dengan masyarakat,” katanya.

Justeru, pelbagai program akan dilaksanak­an dalam usaha kerajaan menerapkan nilai solidariti dalam masyarakat bermula dari peringkat akar umbi.

Fatimah berkata salah satunya iaitu program yang menyasarka­n penyertaaa­n daripada generasi muda terutama pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Sehubungan itu, dua program awal yang akan diadakan termasuk Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) – Inisiatif Sarawak dan Sayang Sarawak yang mengetenga­hkan peraduan video dan fotografi.

Menurutnya, asas perpaduan bermula daripada golongan muda sekali gus menjadikan mereka sebagai generasi pelapis yang akan menyumbang kepada pembanguna­n dan kemajuan negeri.

Hadir sama, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dr Saadiah Abdul Samad dan Pegawai Tadbir Khas UKN Pejabat Ketua Menteri Datuk Clarence Rorote Sagon.

 ??  ?? PENYERAHAN: Clarence menyerahka­n dokumen Bahagian Solidariti kepada Saadiah sambil disaksikan Fatimah dan Harden di pejabat Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak di Kuching semalam.
PENYERAHAN: Clarence menyerahka­n dokumen Bahagian Solidariti kepada Saadiah sambil disaksikan Fatimah dan Harden di pejabat Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia