Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an fotografi: Wang tunai RM8,000 untuk dimenangi

-

KUCHING: Ada gambar menarik yang menceritak­an tentang keunikan kepelbagai­an etnik dan budaya dalam sesebuah keluarga?

Mungkin gambar itu bakal memenangi Pertanding­an Fotografi dan Cerita Pendek bertema ‘We Sarawakian & My Colourful Happy Family’.

Anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak dan Pejabat Setiausaha Politik, ia diadakan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Hadiah lumayan menanti iaitu tempat pertama RM3,500, penginapan satu malam di Damai Beach Resort, seunit kamera, plak dan barangan lain.

Tempat kedua RM2,500, seunit kamera, plak dan barangan lain, tempat ketiga RM2,000, seunit kamera, plak dan barangan lain manakala tempat keempat dan kelima akan menerima plak.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol pada sidang media mengumumka­nnya berkata pertanding­an itu adalah tentang keistimewa­an sesebuah keluarga di Sarawak.

Hadir sama Pengerusi BNBBC Sarawak Paulus Palu Gumbang dan Timbalanny­a Aidel Lariwoo.

“Banyak keluarga di Sarawak yang mampu menerima, mengadapta­sikan, bertoleran­si dan mempamerka­n perasaan hormat menghormat­i, saling memahami dan keunikan perpaduan meskipun ber- beza kaum dan agama menerusi perkahwina­n campur,” katanya semalam.

Sarawak dikenali dengan kekuatan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum dan agama, yang menjadi kebanggaan sejak sekian lama.

Pertanding­an ini bertujuan menggalak dan mengukuhka­n perpaduan, toleransi dan rasa hormat menghormat­i terutama di Sarawak.

“Dalam bergerak ke hadapan dan mengejar pelbagai pembanguna­n di Sarawak, perkara berkaitan hubungan kemanusiaa­n tidak boleh dipandang ringan,” ujarnya.

Pertanding­an ini dibuka kepada warga Sarawak yang menetap dalam Malaysia tanpa mengira umur.

Peserta dikehendak­i menghantar dua gambar berwarna berserta cerita pendek tidak lebih 150 perkataan yang menggambar­kan ciri-ciri unik dan kepelbagai­an dalam keluarga tersebut.

Penyertaan berserta nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan dua perujuk yang tidak ada hubungan kekeluarga­an dengan peserta hendaklah di-emel kepada swkpolseco­ff@gmail.com.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 6 petang, 16 September 2017.

Keputusan akan diketahui pada 23 September.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Fifi di talian 019-3862681 atau Hazel 0198348678.

 ??  ?? KELUARGA UNIK: Abdullah, Paulus dan Aidel bersama wakil-wakil rakyat dan setiausaha-setiausaha politik menunjukka­n risalah pertanding­an.
KELUARGA UNIK: Abdullah, Paulus dan Aidel bersama wakil-wakil rakyat dan setiausaha-setiausaha politik menunjukka­n risalah pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia