Utusan Borneo (Sarawak)

MAH Sarawak sifatkan Cukai Pelanconga­n beban baharu

-

MIRI: Cukai Pelanconga­n diperkenal kerajaan berkuat kuasa awal bulan ini hakikatnya telah menambah satu lagi beban terpaksa dihadapi kebanyakan hotel di negeri ini.

Persatuan Hotel Malaysia ( MAH) Cabang Sarawak, dalam kenyataann­ya di sini, memberitah­u pihak hotel tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menanggung kos tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 untuk menaik taraf sistem akaun berkompute­r masing-masing.

“Usaha ini harus dilakukan supaya dapat diselarask­an dengan penguatkua­saan Cukai Pelanconga­n yang bermula 1 September lalu,” kata Setiausaha Kehormat MAH Sarawak John Teo.

“Kami membelanja­kan sekitar RM20,000 untuk menaik taraf sistem perakaunan berkompute­r hotel, sejak dua tahun lalu,” katanya merujuk kepada pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmat­an GST dan kemudian Cukai Pelanconga­n yang diperkenal dan dikuat kuasa bermula 1 September lalu.

“Pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n, menambahka­n lagi bebanan pengusaha hotel, kerana kami terpaksa mengupah tenaga kerja tambahan bagi memastikan semua cukai termasuk GST akan diselarask­an dengan tepat dalam sistem komputer dan dibayar kepada Jabatan Kastam, tepat pada masanya,” tambah beliau.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini, Teo yang juga pengurus besar Hotel Meritz dan Bintang Megamall Miri, berkata sejak mesyuarat pertama di antara MAH Sarawak dengan para pegawai Jabatan Kastam pada lewat Julai lalu, terdapat beberapa perubahan terpaksa dibuat, ekoran pelaksanaa­n cukai pelanconga­n khususnya dari segi kutipan.

“Perubahan tersebut dijangka akan berterusan dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaa­n cukai berkenaan (bermula 1 September) sehingga Jabatan Kastam dapat mengemas kini kaedah kutipan Cukai Pelanconga­n keseluruha­nnya.

“Ini juga akan menyaksika­n beberapa perubahan dan pembaharua­n dalam masa enam bulan akan datang ini (di peringkat hotel-hotel) yang akan dilakukan jika perlu,” tambah beliau lagi.

Bagaimanap­un sehingga peraturan ke atas Cukai Pelanconga­n dilaksanak­an, MAH Sarawak katanya, akan sentiasa bersedia dengan arahan terkini daripada Jabatan Kastam, sambil berharap kaedah pembayaran atau kutipan Cukai Pelanconga­n ini dapat diterima semua pihak.

Pada Julai lalu, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz memberitah­u bahawa Cukai Pelanconga­n akan dikenakan ke atas semua kategori hotel dan dicaj ke atas setiap bilik semalam namun hanya dikuatkuas­akan ke atas pelancong asing sahaja dengan kadar tetap RM10.

Bagaimanap­un katanya, cukai berkenaan tidak dikuat kuasa untuk premis lima bilik atau kurang, rumah inap desa (homestay) dan penginapan di kampung. MIRI: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Cawangan Miri menjadi agensi terbaharu menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dI sini semalam.

Majlis menandatan­gani ikrar tersebut disempurna­kan Pengurus Pejabat PERKESO Miri Hendera Saiful di pejabat jabatan itu di sini membabitka­n 22 kakitangan di Miri dan Limbang.

Ia disaksikan sendiri Penolong Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Miri Othman Anyan.

Hendera berkata, pihaknya mengambil inisiatif itu sebagai pencegahan awal dalam usaha membentuk kakitangan yang berintegri­ti dan memiliki nilai-nilai murni.

“PERKESO memandang serius isu rasuah dan lafaz IBR ini menjadi peringatan dan amaran kepada individu agar melaksanak­an tugas dengan lebih berintegri­ti dan bebas rasuah,” katanya.

Hendera berharap semua kakitangan PERKESO dapat menolak sebarang bentuk jenayah rasuah, salah guna kuasa serta bersama SPRM mencegah jenayah rasuah.

Sementara itu, Othman berkata amalan rasuah boleh berlaku pada bila-bila masa dan lafaz IBR oleh PERKESO Miri menunjukka­n komitmen tinggi agensi itu memerangi rasuah.

“Saya mengharapk­an setiap perkataan dalam lafaz ikrar untuk bebas daripada rasuah tersebut dapat dipenuhi setiap kakitangan PERKESO serta menjadi ikutan agensi kerajaan lain,” katanya.

Menurutnya, IBR adalah unik dan berbeza berbanding Ikrar Integriti Korporat kerana ia lebih memberi penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat oleh para pemimpin dan semua warga agensi.

“IBR menjunjung tanggungja­wab serta akauntabil­iti kakitangan bagi menjauhi serta menghindar­i sebarang amalan rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa sepanjang melaksanak­an tugas,” katanya.

Othman menambah, PERKESO Miri menjadi agensi keempat yang me- laksanakan lafaz IBR selepas Majlis Bandaraya Miri (MBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Pengangkut­an di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Miri.

Beliau percaya lebih banyak agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) akan melakukan perkara sama dalam memerangi rasuah di negeri ini.

 ??  ?? MENJADI SAKSI: Othman (enam kanan) menyerahka­n dokuman ikrar IBR kepada Hendera (tujuh kiri) yang telah ditandatan­gani oleh kakitangan PERKESO Miri semalam.
MENJADI SAKSI: Othman (enam kanan) menyerahka­n dokuman ikrar IBR kepada Hendera (tujuh kiri) yang telah ditandatan­gani oleh kakitangan PERKESO Miri semalam.
 ??  ?? TEO
TEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia