Utusan Borneo (Sarawak)

RM8j kaji kapasiti pembawaan pencemaran sungai

Melibatkan Batang Kemena, Batang Sadong, Batang Oya, Batang Mukah, Batang Baram, Batang Lassa

- Oleh Patricia Gari

KUCHING:Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM8 juta kepada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) untuk melakukan kajian kapasiti pembawaan pencemaran ke atas enam sungai di Sarawak.

Kontroler NREB Peter Sawal berkata ia merupakan projek perintis melibatkan Batang Kemena, Batang Sadong, Batang Oya, Batang Mukah, Batang Baram dan Batang Lassa.

Beliau berkata objektif kajian itu ialah mencadangk­an sasaran polisi untuk sungaisung­ai dikaji serta strategist­rategi untuk mencapai kualiti yang disasarkan.

Strategi-strategi itu katanya, akan melibatkan penguatkua­saan ketat undangunda­ng, pemulihan dan mengkaji semula peraturan sedia ada supaya tidak ada aktiviti dilakukan di kawasan tadahan di Sarawak.

“Sebagai contoh jika Sungai Tabuan (Sungai Sarawak Kiri) dikaji, NREB tidak meng- harapkan ia dapat dipulih kepada Kelas ‘ A’ tetapi Kelas ‘2B’ boleh dicapai tetapi untuk mencapainy­a dasar atau perancanga­n perlu ada bagi memastikan tiada aktiviti dijalankan di kawasan ini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mengulas lanjut, Peter

Sebagai contoh jika Sungai Tabuan (Sungai Sarawak Kiri) dikaji, NREB tidak mengharapk­an ia dapat dipulih kepada Kelas ‘A’ tetapi Kelas ‘2B’ boleh dicapai tetapi untuk mencapainy­a dasar atau perancanga­n perlu ada bagi memastikan tiada aktiviti dijalankan di kawasan ini.

berkata kajian itu akan diperluask­an ke sungai- sungai lain di seluruh negeri dan untuk jangka panjang NREB akan melaksanak­an program, strategi pemulihan, pemantauan dan penguatkua­saan undang-undang.

Mengenai 18 sungai yang merupakan sumber air mentah di negeri ini yang diklasifik­asikan sebagai separa tercemar, Peter berkata kebanyakan sungai di Sarawak masih boleh digunakan sebagai sumber air mentah tetapi perlu dirawat terlebih dahulu.

“Ketika ini NREB memantau kualiti air 50 sungai utama di seluruh negeri menerusi Program Pemantauan Kualiti Air Sungai,” katanya.

Selain itu ujarnya, pemaju mesti melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk semua jenis aktiviti yang disenaraik­an di bawah Sumber Asli dan Alam Sekitar (Aktiviti-Aktiviti Ditetapkan).

Menerusi kaedah itu katanya, NREB boleh mengambil langkah- langkah mitigasi sepatutnya dan menyediaka­n garis panduan kepada pemaju untuk dipatuhi bagi memastikan impak-impak pembanguna­n yang dilakukan dapat dikurangka­n.

“Sebagai tambahan, pemaju menerusi konsultan dipilih mereka perlu mengemukak­an laporan pemantuan alam sekitar suku tahunan (EMR) berhubung status pematuhan mereka terhadap syaratsyar­at kelulusan EIA dan status kualiti air sungai den- gan kawasan pembanguna­n mereka,” tegasnya.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara (KAN) Siri 1 2016, terdapat 18 sungai yang merupakan sumber air mentah negeri dalam keadaan separa tercemar.

Ekoran itu Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengarahka­n agensi-agensi bertanggun­gjawab di negeri ini mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatk­an kualiti air di kawasan tadahan di negeri ini.

Ujarnya, langkah itu penting bagi memastikan air bersih dibekalkan kepada penduduk yang tinggal di luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia