Utusan Borneo (Sarawak)

Manyin tempelak Chong kritik usaha tingkat kemahiran bahasa Inggeris

-

KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong menempelak Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen yang hanya tahu mengkritik usaha kementeria­nnya memperting­katkan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah di negeri ini.

Tegas beliau, Chong sebagai seorang wakil rakyat sebaliknya harus tampil dengan cadangan serta bekerjasam­a dengan kementeria­nnya bagi menjayakan lagi usaha tersebut demi masa depan anak-anak Sarawak.

“Saya tidak mahu pendidikan kita dipolitikk­an... beliau harus tampil dengan cadangan dan bekerjasam­a dengan kami bagaimana untuk meningkatk­an pendidikan bahasa Inggeris serta isu prestasi di sekolah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Cadangan Penggabung­an Sekolah Kurang Murid di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Manyin mengulas mengenai kenyataan Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa yang menyifatka­n cadangan kementeria­nnya agar wakil-wakil rakyat di negeri ini mengangkat satu atau dua sekolah untuk menggalakk­an pelajar bertutur bahasa Inggeris, sebagai tidak masuk akal.

“Komen beliau yang tidak masuk akal... ini hanya pekeliling yang meminta secara sukarela daripada wakil rakyat, bukannya wajib.

“Kalau Chong tidak mahu berbuat demikian, beliau tidak perlu melakukann­ya kerana ini hanya untuk sukarela bagi membantu pelajar di kawasan masing-masing,” katanya.

Namun demikian, Manyin yang juga ADUN Tebedu memuji Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ADUN Ba’Kelalan Baru Bian dan Naib Pengerusi PKR yang juga ADUN Batu Lintang See Chee How atas sokongan mereka terhadap cadangan tersebut.

“Mereka SMS saya bagi menyatakan sokongan kepada inisiatif ini dan saya berterima kasih kepada mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia