Utusan Borneo (Sarawak)

Jelajah Pendidikan KPM di Kuching

-

KUCHING: Jelajah Pendidikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) 2017 akan diadakan pada 16 dan 17 September ini di Plaza Merdeka di sini.

KPM menerusi satu kenyataan semalam memberitah­u, program itu dianjurkan bagi memastikan masyarakat mendapat perkhidmat­an secara terus dan memperoleh­i maklumat terkini mengenai pendidikan.

Program turun padang ini merupakan lokasi ke sembilan selepas Sungai Petani di Kedah, Kuala Terengganu, Terengganu; Ayer Keroh, Melaka; Selayang, Selangor; Johor Bahru, Johor; Seremban 2, Negeri Sembilan; Kota Bharu, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah.

Membawa slogan ‘ Menerajui Perubahan’, program Jelajah Pendidikan KPM 2017 dijadualka­n ke 12 lokasi di seluruh negara sehingga November ini.

Memfokuska­n showcase kejayaan bidang pendidikan dan keberhasil­an pelajar melalui gelombang 1 Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia ( PPPM) 20132025, program kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri itu dilihat menjadi landasan berkesan kepada masyarakat untuk bertanyaka­n pelbagai persoalan berkaitan pendidikan dari peringkat prasekolah seh- ingga peringkat pendidikan menengah.

Malah, kumpulan sasar merangkumi guru, pemimpin sekolah serta komuniti turut berpeluang mendapatka­n penerangan dan penjelasan mendalam mengenai dasar yang dilaksanak­an KPM.

Jelajah Pendidikan KPM turut akan mendapatka­n pandangan masyarakat berkaitan sistem pendidikan melalui Transforma­si Nasional 2050 ( TN50).

Majlis perasmian dijangka akan disempurna­kan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof pada 16 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia