Utusan Borneo (Sarawak)

Gabung SKM tingkat prestasi sekolah di S’wak Pada masa ini, prestasi sekolah di Sarawak berada pada ranking ke-13 di seluruh negara, kata Manyin

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Menggabung­kan Sekolah Kurang Murid (SKM) diyakini akan dapat meningkatk­an prestasi sekolah di Sarawak, daripada terus tercorot dalam ranking prestasi sekolah-sekolah di Malaysia.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata pada masa ini, prestasi sekolah di Sarawak berada pada ranking ke-13 di seluruh negara.

“Kami berharap dapat meningkatk­an ranking sekolah kita kepada 10 atau lima kerana selagi masih pada 13, tidak mudah bagi pelajar kita untuk bersaing dengan semua pelajar dari Semenanjun­g Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Cadangan Penggabung­an Sekolah Kurang Murid di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Keba- jikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Rakayah Madon.

Justeru, Manyin berharap agar cadangan menggabung- kita perlu menangani masalah ini,” katanya.

Menurut Manyin, terdapat 1,454 sekolah di Sarawak pada masa ini dengan 190 daripadany­a adalah sekolah menengah dan 1,264 sekolah rendah.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 651 sekolah dikenal pasti sebagai SKM yang mempunyai bilangan pelajar kurang daripada 150 orang, manakala 1,020 sekolah turut diklasifik­asikan sebagai sekolah daif, dengan 415 daripadany­a sangat kritikal.

Beliau menambah, semua SKM tersebut adalah terletak di seluruh negeri dan kebanyakan­nya di kawasan luar bandar serta pedalaman.

Namun demikian, Manyin berkata cadangan menggabung­kan SKM adalah masih di peringkat perbincang­an dengan pihak- pihak yang berkaitan setakat ini dan sekolah yang hendak digabungka­n juga sedang dikenal pasti.

 ??  ?? GABUNGKAN SKM: Manyin bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Cadangan Penggabung­an Sekolah Kurang Murid di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam. Turut kelihatan Fatimah (tengah) dan Rakayah (kiri).
GABUNGKAN SKM: Manyin bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Cadangan Penggabung­an Sekolah Kurang Murid di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam. Turut kelihatan Fatimah (tengah) dan Rakayah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia