Utusan Borneo (Sarawak)

MyIPO tawar Dana Pemfailan Harta Intelek kepada pelajar: Ahmad Lai

-

MIRI: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menawarkan Dana Pemfailan Harta Intelek kepada pelajar menghasilk­an produk inovasi bagi mendapatka­n hak eksklusif.

Anggota Perbadanan MyIPO Ahmad Lai Bujang berkata dana itu dapat digunakan untuk membiayai kos pemfailan harta intelek dan kos perkhidmat­an ejen paten berdaftar.

“Sejak dana tersebut dilancar di bawah Program IP Summer Camp, 17 permohonan paten telah difail menggunaka­n dana ini,” katanya pada Majlis Perasmian IP Summer Camp di Sekolah Menengah Sains Miri semalam.

Ahli Parlimen Sibuti itu memberitah­u, pihak sekolah perlu mengambil langkah proaktif untuk memfailkan permohonan harta intelek di MyIPO menerusi Dana Pemfailan.

“Ini kerana sekiranya reka cipta tersebut telah dipamerkan kepada umum, ia tidak lagi diklasifik­asikan sebagai produk baharu.

“Ia pada masa sama akan menjejaska­n kelayakan untuk didaftar sebagai paten dan mudah bagi pihak ketiga membuat perubahan dan mendaftar menjadikan­nya hak mereka,” tegasnya.

Ahmad Lai menarik perhatian bahawa MyIPO menyediaka­n Portal IP for Youngsters bagi membolehka­n pelajar memuat naik hasil inovasi dan kreativiti mereka.

“Melalui portal ini, pelajar dapat menyenarai­kan produk inovasi mereka bagi tujuan pengkomers­ialan dan sehingga kini, sebanyak 60 produk telah disenaraik­an dalam portal ini,” jelasnya.

Seramai 150 murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Sabah, Sarawak dan Labuan telah mengikuti program IP Summer Camp Peringkat Kebangsaan terbabit.

Program itu bertujuan membentuk budaya baharu yang mengutamak­an inovasi dan penciptaan serta meningkatk­an kefahaman mengenai harta intelek dalam kalangan pelajar dan guru.

Pada masa sama, ia mendedahka­n pelajar perihal kepentinga­n menjaga harta intelek ini, sekali gus menggalakk­an mereka berfikiran kreatif dan merancang inovasi baharu pada masa depan.

Turut hadir Ketua Pengarah MyIPO Datuk Shamsiah Kamaruddin dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlan­gan Datuk Rasidah Mohd Arif.

 ??  ?? CELIK HARTA INTELEK: Ahmad Lai (lapan kiri) bersama peserta dan guru sempena perasmian IP Summer Camp di Sekolah Menengah Sains Miri semalam.
CELIK HARTA INTELEK: Ahmad Lai (lapan kiri) bersama peserta dan guru sempena perasmian IP Summer Camp di Sekolah Menengah Sains Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia