Utusan Borneo (Sarawak)

Isu bilangan pelajar ramai dalam kelas perlu diatasi segera

-

KUCHING: Isu bilangan pelajar ramai dalam sesebuah kelas perlu diatasi segera dalam usaha memberi keselesaan semasa proses pengajaran dan pembelajar­an.

Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata penambahba­ikan dari sudut tersebut perlu diberi keutamaan dalam memperting­katkan prestasi pendidikan.

Beliau mengakui jumlah pelajar dalam sesebuah bilik kelas adalah ramai dan ia perlu diambil kira sekali gus membantu memperkasa­kan sistem pembelajar­an.

“Bilangan pelajar yang ramai dalam sebuah kelas seperti yang dihadapi (sekolah) sekarang harus diatasi bagi keselesaan pembela- jaran.

“Perkara seperti ini harus diambil kira dalam kita memperting­katkan mutu dan sistem pembelajar­an,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama sekolah-sekolah dalam kawasan DUN Pantai Damai di pejabatnya di sini semalam.

Mesyuarat tersebut dihadiri wakil daripada 17 sekolah yang terdiri daripada empat sekolah menengah dan 13 sekolah rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu mendedahka­n bahawa perbincang­an pada mesyuarat berkenaan menjurus kepada peranan pihak sekolah dalam mempelbaga­ikan sistem pembelajar­an dengan dasar-dasar pendidikan baharu.

Selain itu katanya, usaha memperkasa­kan bahasa Inggeris dengan modul-modul sedia ada selain membawa pakar dari universiti untuk bekerjasam­a dalam melaksanak­an perkara itu.

“Usaha mempelbaga­ikan sistem pembelajar­an amat penting agar ia selaras dengan dasar pendidikan baharu.

“Malah, pemerkasaa­n bahasa Inggeris menerusi modul sedia ada dapat diterapkan dalam kalangan pelajar, selain dibantu dengan kerjasama pakar daripada universiti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman turut menyampaik­an sumbangan dana kepada semua sekolah di kawasan DUN Pantai Damai bagi edisi kedua tahun ini.

 ??  ?? MAJUKAN PENDIDIKAN: Dr Abdul Rahman bersama wakil sekolah selepas penyerahan sumbangan di pejabatnya di Kuching semalam.
MAJUKAN PENDIDIKAN: Dr Abdul Rahman bersama wakil sekolah selepas penyerahan sumbangan di pejabatnya di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia