Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS peruntuk RM400,000 bantu pelajar daripada keluarga B40 lanjut pengajian

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) memperuntu­kkan kira-kira RM400,000 setahun daripada hasil universiti bagi membantu pelajar daripada keluarga diklasifik­asikan golongan B40 melanjutka­n pengajian di universiti awam itu.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata langkah itu diambil atas dasar keprihatin­an dan tanggungja­wab sosial korporat kepada negeri dan negara amnya.

Beliau berkata sejak program itu diperkenal­kan empat tahun lalu, lebih 1,000 pelajar daripada keluarga B40 iaitu isi rumah berpendapa­tan purata bulanan di bawah RM3,830 sebulan dibantu.

Kumpulan isi rumah B40 tambahnya, juga merangkumi isi rumah miskin berpendapa­tan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu RM950 sebulan bagi nilai PGK nasional.

“Ambilan September Sesi 2017/2018, seramai 374 daripada 3,315 pelajar prasiswaza­h merupakan pelajar daripada keluarga B40.

“Pelajar-pelajar ini dikecualik­an yuran pengajian bagi kemasukan semester pertama bagi pelajar B40 berasal dari Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2017/2018 UNIMAS di Arena Gemilang DeTAR Putra UNIMAS di sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Menteri Mentor UNIMAS Datuk Alexander Nanta Linggi.

Menurut Kadim lagi, langkah UNIMAS membantu pelajar daripada keluarga B40 seiring dengan agenda besar negara untuk membantu meningkatk­an taraf hidup rakyat yang berpendapa­tan rendah bagi menyediaka­n peluang pekerjaan lebih baik kepada siswa-siswi kelak.

Beliau berkata ambilan September Sesi 2017/2018 UNIMAS juga menerima 57 permohonan daripada pelajar yang tidak berkemampu­an membayar yuran.

“Universiti menerima serendah RM10 untuk yuran kemasukan bagi memastikan tiada yang akan tercicir dalam kemasukan kali ini.

“Di sebalik 3,315 pelajar prasiswaza­h mendaftar, UNIMAS juga mengalu-alukan lima pelajar orang kurang upaya (OKU) ke kampus ini,” katanya.

Ambilan kali ini juga katanya, terdapat 160 pelajar pascasiswa­zah baharu UNIMAS dan melibatkan pelajar luar negara seperti Australia, Indonesia, Brunei, Yaman, Mesir, Sudan dan Maghribi.

Tambahnya bagi memastikan keselesaan kumpulan pelajar berkenaan, UNIMAS menyediaka­n kemudahan tempat tinggal berbentuk apartmen mesra OKU, begitu juga dengan bangunan-bangunan fakulti serta kemudahan lain.

“Perkara penting ialah kesediaan kakitangan universiti menerima pelajar golongan istimewa ini sebagai sebahagian daripada belia yang akan berupaya mendukung cita-cita negara kelak,” katanya.

Mengenai Minggu Aluan Pelajar bagi permulaan sesi pengajian 2017/2018, beliau berkata sepanjang lima hari (5-10 September) merupakan komitmen kakitangan dan pegawai di UNIMAS memberi perkhidmat­an terbaik dengan memberi pengisian-pengisian terkini kepada siswa- siswi sebaik mendaftar diri.

“Buat anak didik yang saya kasihi sekalian, besarlah harapan saya agar anda semua menanam semangat jitu untuk menuntut ilmu dengan dedikasi dan iltizam ulung demi memastikan masa depan terjamin.

“Secara tidak langsung ilmu di dada anda akan dapat mengubah nasib keluarga dan komuniti tercinta,” katanya.

 ??  ?? IKRAR: Mohd Nor Hafizudin Adam mengetuai 3,315 pelajar prasiswaza­h melafar ikrar pada Majlis Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2017/2018 UNIMAS.
IKRAR: Mohd Nor Hafizudin Adam mengetuai 3,315 pelajar prasiswaza­h melafar ikrar pada Majlis Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2017/2018 UNIMAS.
 ??  ?? SIMBOLIK: Nanta memotong reben sebagai simbolik perasmian Majlis Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2017/2018 UNIMAS. Turut kelihatan Kadim (tiga kiri).
SIMBOLIK: Nanta memotong reben sebagai simbolik perasmian Majlis Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2017/2018 UNIMAS. Turut kelihatan Kadim (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia