Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS berjaya lahir modal insan berkualiti: Nanta

Dibuktikan dengan peningkata­n jumlah pelajar asing ikuti pengajian di UNIMAS

- Oleh Patricia Gari

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) antara universiti awam di rantau ini diperakui kejayaanny­a melahirkan modal insan berkualiti.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Menteri Mentor UNIMAS Datuk Alexander Nanta Linggi berkata ia dibuktikan dengan peningkata­n jumlah pelajar luar negara mengikuti pengajian di universiti berkenaan dari setahun ke setahun.

“Saya berpendapa­t antara kayu pengukur kejayaan sesebuah universiti ialah peningkata­n jumlah pelajar luar negara…UNIMAS di tangga ke-250 daripada lebih 2,000 universiti di rantau Asia.

“Syabas kepada UNIMAS kerana saya diberitahu bahawa pengambila­n pelajar kali ini melibatkan bukan sahaja pelajar dari Malaysia tetapi beberapa negara luar seperti Australia, Indonesia, Brunei, Yaman, Mesir, Sudan dan Maghribi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Ikrar Pelajar

Saya berpendapa­t antara kayu pengukur kejayaan sesebuah universiti ialah peningkata­n jumlah pelajar luar negara…UNIMAS di tangga ke-250 daripada lebih 2,000 universiti di rantau Asia.

UNIMAS ambilan September Sesi 2017/ 2018 di Arena Gemilang, DeTAR Putra UNIMAS di sini semalam.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit, percaya slogan UNIMAS iaitu ‘ Kontempora­ri dan Berpandang­an Jauh’ mampu membimbing pelajarnya menjadi insan yang berjaya.

“Saya percaya slogan ini harus difahami oleh setiap pelajar, kontempora­ri maksudnya kita perlu melengkapk­an diri dengan ilmu terkini dan ‘berpandang­an jauh’ pula mahukan kita berpandang­an ke hadapan lebih-lebih dalam dunia yang dinamik hari ini,” katanya.

Beliau menambah, dalam dunia digital hari ini kecekapan individu tidak lagi dikira dalam jam tetapi minit, segalanya dilakukan serba pantas.

“Oleh itu saya mahu mengingatk­an setiap pelajar terutama yang berada di dalam dewan ini, melengkapk­an diri dengan ilmu sepatutnya untuk kekal relevan dengan peredaran masa.

“Di sinilah tapak untuk belajar semula bermula dalam melakar perjalanan seterusnya selaku warga UNIMAS.

“Kecemerlan­gan mesti diukur bukan sahaja atas kemajuan diri sendiri tetapi sejauh mana kecemerlan­gan dapat dikecapi oleh semua di sekeliling kita,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia