Utusan Borneo (Sarawak)

Realisasi S’wak sebagai negeri teknologi hijau Penyelidik, agensi k’jaan, swasta disyor bekerjasam­a gerak langkah ke arah ini

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Penyelidik, agensi kerajaan dan swasta disyor terus bekerjasam­a dalam menggerakk­an langkah sekali gus merealisas­ikan Sarawak sebagai negeri teknologi hijau.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pada 24 Julai 2009 kerajaan telah melancarka­n Dasar Teknologi Hijau Negara bagi membuktika­n kesungguha­n kerajaan dalam menetapkan teknologi hijau sebagai pemacu pertumbuha­n ekonomi.

“Sasaran teknologi hijau juga menggalakk­an sektor-sektor yang terlibat untuk bekerjasam­a dan bergiat dengan aktif dalam mencari penyelesai­an ke arah kelestaria­n tenaga dan mempromosi­kan kepentinga­n kecekapan tenaga kepada masyarakat umum.

“Sebagai contoh, kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta serta penyelidik daripada institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar negara, mampu menggerakk­an ke arah kemampanan teknologi hijau dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Datuk Alice Jawan sempena Majlis Perasmian Seminar Tenaga Diperbahar­ui yang dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UNIMAS Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim di sini, semalam.

Seminar merupakan anjuran bersama Pusat Tenaga Diperbahar­ui (CREN) UNIMAS dan Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Tambah Dr Rundi, di beberapa kawasan terpencil di Sarawak khususnya, masalah yang disebabkan oleh ketidakses­uaian bentuk muka bumi telah membataska­n kerajaan dalam membekalka­n kemudahan air yang telah dirawat, elektrik dan infrastruk­tur.

Sasaran teknologi hijau juga menggalakk­an sektor-sektor yang terlibat untuk bekerjasam­a dan bergiat dengan aktif dalam mencari penyelesai­an ke arah kelestaria­n tenaga dan mempromosi­kan kepentinga­n kecekapan tenaga kepada masyarakat umum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia