Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Utiliti terbuka untuk jalin kerjasama penyelidik­an

-

KUCHING: Kementeria­n Utiliti terbuka untuk menjalin kerjasama dengan agensi lain termasuk institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi penyelidik­an pelbagai aspek bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar.

Setiausaha Tetap Kementeria­nnya Datuk Alice Jawan berkata, ia termasuk aspek bekalan elektrik ke luar bandar di mana UNIMAS boleh menjalin kerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Kementeria­n terbuka untuk bekerjasam­a dalam bidang penyelidik­an dengan agensi lain, universiti termasuk UNIMAS malahan bersama SEB untuk bekerjasam­a dalam pelbagai aspek.

“SEB merupakan penyedia bekalan elektrik utama Sarawak dan ia selari dengan visi mencapai 100 peratus kawasan luar bandar diliputi bekalan elektrik 24 jam,” katanya berucap merasmikan Seminar Tenaga Diperbahar­ui bagi mewakilli Menterinya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UNIMAS Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim di sini, semalam.

Seminar yang dihadiri hampir 200 peserta itu merupakan anjuran bersama Pusat Tenaga Diperbahar­ui (CREN) UNIMAS dan Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Menurut Alice, untuk mencapai sasaran 100 peratus liputan berkenaan ia bukan perkara mudah yang memerlukan kerjasama dan sokongan semua.

Jelasnya, sasaran berkenaan tidak dapat dicapai satu kementeria­n dan satu agensi sahaja tetapi semua pihak termasuk institusi pengajian seperti UNIMAS.

“Saya amat mengalu-alukan kerjasama antara UNIMAS dan SEB dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi dalam ucapannya berkata, UNIMAS bersama CREN telah diamanahka­n dalam beberapa projek komuniti di kawasan yang tiada bekalan elektrik sejak penubuhann­ya pada 2008.

“Pihak CREN telah berjaya memperoleh­i beberapa geran penyelidik­an dan pembanguna­n bagi projek yang berasaskan teknologi hijau dan salah satu daripadany­a telah dianugerah­kan projek ‘Green Energy Island’.

“Ia bagi mengenal pasti kawasan luar bandar yang berpotensi bagi pembanguna­n sistem hidro mikro yang mapan.

“Daripada 200 kawasan yang telah dikenal pasti, 10 kawasan telah disenarai pendek untuk kajian kebolehlak­sanaan dan hasilnya hanya tiga kawasan yang berpotensi tinggi dibangunka­n iaitu Lio Mato, Kampung Assum dan Punan Trusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Wan Hashim sempena seminar yang diadakan.

Seminar itu merupakan seminar kedua diadakan selepas kejayaan bengkel Sistem Hidro Mikro yang telah diadakan di Miri pada 12 hingga 13 Julai lepas.

Tujuan utama pelaksanaa­n seminar adalah bagi mendidik masyarakat mengenai kepentinga­n dan potensi pelaksanaa­n tenaga diperbahar­ui bagi mencapai sasaran teknologi hijau di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia