Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS memperkena­lkan dua program baharu

Perkenal Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) dalam Pemasaran dan Sarjana Pengurusan Projek

- Oleh Andy Sabang

Bagi program ini pelajar yang ingin memohon dikehendak­i menyelesai­kan 42 kredit dalam mod sepenuh masa atau separuh masa pengajian.

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) telah memperkena­lkan dua program baharu iaitu Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) dalam Pemasaran dan Sarjana Pengurusan Projek.

Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri berkata program Sarjana Pengurusan Projek (MPM) diperkenal bertujuan menyediaka­n graduan mampu meningkat pengetahua­n melalui bidang multidisip­lin dan dilengkapi kemahiran pengurusan projek yang penting untuk pelaksanaa­n projek.

Katanya ini termasuk menggunaka­n pengetahua­n dan kemahiran, berkesan dalam kerjasama dan atau inovasi dalam usaha menangani cabaran sosial, teknikal dan perniagaan serta melibatkan diri dalam pembelajar­an sepanjang hayat dan pembanguna­n profesiona­l.

“Bagi program ini pelajar yang ingin memohon dikehendak­i menyelesai­kan 42 kredit dalam mod sepenuh masa atau separuh masa pengajian,” katanya pada sidang media semalam.

Menurut Abdul Hakim, mereka yang ingin memohon juga perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 2.50 daripada 4.00 atau kelayakan setaraf dengannya diterima senat atau Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK di bawah 2.50 daripada 4.00 atau kelayakan yang setaraf dengannya diterima oleh senat universiti, tertakluk kepada sekurangku­rangnya lima tahun pen- galaman bekerja.

Selain itu pemohon juga hendaklah warganegar­a Malaysia dan berumur sekurangku­rangnya 30 tahun pada tahun permohonan dan memiliki sijil sekurang-kurangnya STPM atau Diploma.

Bagi pelajar antarabang­sa, pemohon dikehendak­i mencapai skor minimum 6.0 untuk IELTS atau setara.

Abdul Hakim berkata bagi program Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) dalam Pemasaran pula para pelajar akan diperkenal­kan kepada konsep pemasaran terkini, teori, pengetahua­n dan kemahiran praktikal dalam bidang berkaitan.

Jelas beliau, pemasaran adalah program dalam perniagaan yang boleh dianggap sebagai fungsi perniagaan te- ras yang mampu membentuk dan melaksanak­an strategi perniagaan dan memacu kejayaan keseluruha­n.

Ia juga merupakan bidang di mana orang dapat menunjukka­n diri mereka, mengamalka­n dan menguji kreativiti mereka, untuk meningkatk­an kemahiran komunikasi dan hubungan sementara pada masa yang sama datang dengan banyak idea baharu dan hebat yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

“Kursus ini akan memperkena­lkan para pelajar dengan makna sebenar pemasaran serta mendedahka­n mereka dengan fakta bahawa ia sebenarnya adalah bidang kerja yang pelbagai,” ujarnya.

Tambah Abdul Hakim, pelajar yang ingin memohon mengikuti program ini hendaklah lulus STPM dengan Gred C minimum (GP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau setaraf.

Para pelajar yang lulus STAM dengan gred minimum Jayyid dan lulus dalam Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau sebarang kelayakan yang setara dengan Diploma atau Diploma Lanjutan (MQF, Aras 4 atau 5) atau kelayakan Matrikulas­i/ Asasi dengan PNGK minimum 2.00 daripada 4.00 atau lulus UEC dengan lima (5) Gred B juga boleh membuat permohonan.

Jelasnya, UCTS kini dilengkapi dengan kemudahan canggih untuk menyokong program ini.

Bagi pertanyaan lanjut mengenai program baharu ini, orang ramai boleh menghubung­i UCTS di talian 084- 367 300 atau layari secara online melalui www. ucts.edu.my.

 ??  ?? PERSEDIAAN: Mohadi (dua kiri) menyerahka­n alat tulis kepada Amirul untuk calon-calon UPSR SK Tatau sambil disaksikan Janudin (tengah) dan guru lain.
PERSEDIAAN: Mohadi (dua kiri) menyerahka­n alat tulis kepada Amirul untuk calon-calon UPSR SK Tatau sambil disaksikan Janudin (tengah) dan guru lain.
 ??  ?? PROGRAM BAHARU: Abdul Hakim (enam kanan) bersama yang lain menunjukka­n isyarat bagus terhadap dua program baharu di UCTS. Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri
PROGRAM BAHARU: Abdul Hakim (enam kanan) bersama yang lain menunjukka­n isyarat bagus terhadap dua program baharu di UCTS. Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia