Utusan Borneo (Sarawak)

Ikan sultan seberat lebih 4kg bawa tuah kepada Awangku Rosli

-

KUCHING: Ikan sultan seberat 4.32 kilogram ( kg) dipancing Awangku Rosli membawa tuah apabila dia muncul johan Pertanding­an ‘Lan Ngail’ di Tasik Pustaka Negeri baru-baru ini.

Dia berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper.

Muhd Syam Bennet Abdullah pula menduduki tempat kedua dan ketiga apabila berjaya menaikkan ikan koi seberat 2.275kg dan ikan sultan seberat 1.855kg.

Denis Lahang dan Rambli Mat Sahdi masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima apabila mendapat ikan sultan seberat 0.78kg dan 0.76kg.

Tempat kedua memenangi wang tunai RM500 dan tempat ketiga RM300 manakala pemenang tempat kempat dan kelima pula memenangi RM100.

Selain wang tunai kesemua pemenang turut menerima hadiah hamper.

Pertanding­an sempena program Pra-Persidanga­n Orkid Asia Pasifik (APOC) 2017 itu menerima sambutan menggalakk­an apabila seramai 160 peserta mengambil bahagian dalam acara bermula jam 8 pagi hingga 1 petang anjuran Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU ).

Program itu diharap dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m di antara Pustaka dengan orang awam di samping mengadakan aktiviti riadah bersama ahli keluarga masing-masing.

Hadiah kepada para pemenang disampaika­n oleh Ketua Sektor Pengurusan Korporat Wan Mazli Wan Razali, yang juga presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Pustaka Negeri Sarawak dan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Pembanguna­n dan Lanskap, DBKU Durie Austine Tinggie.

 ??  ?? TAHNIAH: Para pemenang merakam kenangan bersama Wan Mazli dan Durie pada Pertanding­an Lan Ngail di Pustaka Negeri baru-baru ini.
TAHNIAH: Para pemenang merakam kenangan bersama Wan Mazli dan Durie pada Pertanding­an Lan Ngail di Pustaka Negeri baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia