Utusan Borneo (Sarawak)

PPD Tatau adakan taklimat khas UPSR untuk calon SK Tatau

-

TATAU: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau mengadakan taklimat khas sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk calon Sekolah Kebangsaan ( SK) Tatau di kelas sekolah itu semalam.

Taklimat disampaika­n oleh Pegawai PPD Tatau Mohadi Mobin yang turut menyerahka­n perkakas peperiksaa­n seperti alat tulis sumbangan peribadi beliau kepada Ketua Pengawas SK Tatau Amirul Mohamad sebelum diserahkan kepada 137 calon sekolah itu.

UPSR akan berlangsun­g pada 11 hingga 14 September ini dengan keseluruha­n calon SK Tatau menduduki peperiksaa­n itu seramai 137 orang merupakan calon sekolah teramai di daerah Tatau.

Guru Besar SK Tatau Janudin Abdul Rahman berterima kasih kepada PPD Tatau kerana memberi suntikan semangat kepada calon UPSR dan menyerahka­n sumbangan peribadi tersebut.

“Kami menyasar 95 orang calon lulus daripada 137 calon keseluruha­n atau 69.34 peratus serta gred purata sekolah (GPS) 2.60,” ujarnya sambil menambah, calon SK Tatau tahun ini adalah yang terbaik.

Sehubungan itu, beliau berharap sasaran sekolah akan tercapai dan calon harapan yang akan mendapat 6A adalah 10 orang.

Beliau menggesa pihak sekolah dan ibu bapa mendoakan kejayaan caloncalon yang akan menduduki peperiksaa­n tersebut.

Program lain yang turut diadakan sekolah itu adalah rehat minda dengan agihan makanan dari restoran makanan segera, izin ilmu, solat dan doa hajat, penyerahan alat tulis oleh Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan lain-lain.

Dalam pada itu, Mohadi berharap calon-calon yang menduduki peperiksaa­n itu tahun ini akan dapat mencapai kejayaan lebih cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia