Utusan Borneo (Sarawak)

Nor Mohamed, Zeti beri keterangan dalam prosiding RCI

-

PUTRAJAYA: Bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan bekas Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz semalam memberi keterangan pada prosiding hari kelima Suruhanjay­a Siasatan Diraja Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh bank pusat itu pada awal 1990an.

Nor Mohamed, 70, yang memakai sut hitam, berkata bagi tempoh 1986 hingga 1993, beliau tidak pernah berbincang dengan menteri kewangan dan perdana menteri tentang urus niaga mata wang asing Bank Negara.

“Saya tidak ingat mengenai keuntungan dan kerugian dalam urus niaga forex dari tahun 1986 hingga 1993,” katanya.

Terdahulu, Zeti, 70, yang berbaju kurung biru, memulakan keterangan­nya dengan berkata pembabitan langsung beliau dalam pengurusan rizab bank berkenaan adalah semasa melakukan tugasan di pejabat di London, apabila AS$200 juta diperuntuk­kan bagi pelaburan bank pusat itu.

Beliau berkata pada mulanya, pejabat di London tidak menjalanka­n sebarang tansaksi mata wang asing, bagaimanap­un, pejabat di London itu kemudianny­a dibenarkan membuat pelaburan dalam instrumen denominasi mata wang lain yang memerlukan urus niaga mata wang asing dilakukan.

“Transaksi mata wang asing itu adalah untuk menyokong aktiviti pelaburan dan bukan untuk mengambil kedudukan ke atas mana- mana mata wang. Selepas dua atau tiga tahun, jumlah yang diperuntuk­kan kepada pejabat di London dan New York dinaikkan daripada AS$200 juta kepada AS$500 juta,” katanya.

“Ia kekal pada tahap itu sehingga hari ini. Peranan pejabat di London dan New York tetap sama sehinggala­h hari ini. Pejabat di London dan New York juga tidak turut serta dalam aktiviti pengurusan rizab oleh ibu pejabat. Aturan itu berterusan sehingga hari ini,” kata Zeti.

Sebelum, itu bekas Peguam Negara Tan Sri Ainum Mohd Saaid, 71 memberitah­u suruhanjay­a itu bahawa Pejabat Peguam Negara tidak menerima sepenuhnya cara BNM mentafsirk­an undang-undang berhubung urus niaga mata wang asing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Fong (kanan) dan Leong didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Na Kuan Yaw di sebuah Pusat Hiburan Midnight Jalan Austin Height, Taman Mount Austin pada 25 Ogos lalu.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Fong (kanan) dan Leong didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Na Kuan Yaw di sebuah Pusat Hiburan Midnight Jalan Austin Height, Taman Mount Austin pada 25 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia