Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki berdepan hukuman gantung

-

JOHOR BAHRU: Dua lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa dengan tuduhan membunuh seorang pegawal keselamata­n syarikat di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh Fong Ling Chiow, 20, dan Leong Zhong Hen, 19, bersama tiga lagi suspek yang masih bebas, dituduh membunuh Na Kuan Yaw, 25, di sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin di sini, kirakira jam 2.30 pagi pada 25 Ogos lalu.

Kedua- dua ter tuduh mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias.

Pendakwaan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang diba- cakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala keduadua tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama LANGKAWI: Rancangan seorang lelaki untuk meraih puluhan ribu ringgit dengan menjual dadah di Langkawi terkandas apabila dia ditahan di pintu masuk ke pulau ini pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Dr Che Ghazali Che Awang semalam berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan di Terminal Penumpang Jeti Kuah kirakira jam 9 malam dan bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 946 gram ditemui di dalam beg silang yang dibawanya.

“Bahan itu disimpan di dalam dua peket plastik lutsinar yang dibungkus pula dengan kertas surat khabar di dalam beg itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Selain itu satu sampul surat berisi peket plastik lutsinar mengandung­i bahan disyaki dadah jenis Syabu seberat 51 gram turut ditemui di dalam beg itu dan suspek juga didapati positif mengambil dadah selepas ujian awal dibuat ke atasnya.

Che Ghazali berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati nilai jualan dadah itu dianggarka­n kira- kira RM37,500 dan mahu diedarkan sekitar kawasan Kuah dan Kedawang di sini.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia