Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Kawanku Sayang, Keluargaku Kenang’ dapat sambutan

-

SEBUYAU: Program ‘Kawanku Sayang, Keluargaku Kenang’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau baru-baru ini mendapat sambutan memberangs­angkan apabila disertai 118 pelajar sekolah berkenaan.

Program berkonsepk­an kem persahabat­an keluarga itu disertai pelajar yang bakal menduduki peperiksaa­n iaitu Pentaksira­n Tingkatan 3 ( PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini

enangguhan program anjuran Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama Pertubuhan Kebangsaan Be- lia Bersatu Sarawak (SABERKAS) itu disempurna­kan Menteri Muda Jalan Pesisir merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi.

Julaihi dalam ucapannya menegaskan, belia perlu dilengkapi dengan kemahiran, pengetahua­n dan kekuatan mental untuk menghadapi masa depan.

Sehubungan itu beliau berharap lebih banyak program untuk golongan belia diadakan bagi mempersiap­kan mereka menghadapi cabaran masa depan.

Selain itu, beliau juga percaya bahawa sama pentingnya untuk memupuk nilai-nilai moral yang kuat selain persahabat­an yang erat dalam kalangan golongan muda.

“Apabila kita bercakap tentang belia (berumur 15 hingga 20 tahun), yang terdiri daripada kira- kira 43 peratus daripada penduduk negeri ini, mereka lebih tertarik dengan pelbagai pengaruh yang buruk seperti seks bebas, lumba haram, penyalahgu­naan dadah dan sebagainya.

“Sewajarnya mereka sebagai pemimpin masa depan negeri ini dilengkapi dengan pengetahua­n dan kemahiran yang betul di mana kita memerlukan lebih banyak program untuk mereka,” katanya. P .

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia