Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Bangladesh maut ditikam selepas pertengkar­an dengan rakan senegara

-

NIBONG TEBAL: Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas ditikam rakan senegarany­a dalam kejadian di tapak projek perumahan Kampung Selamat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abdul Samad berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki dikenali sebagai Siraz, 22, maut di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian dada dengan pisau oleh suspek.

“Berdasarka­n siasatan, mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan bersama suspek di tapak projek perumahan itu sedang memindahka­n barang peribadi mereka dari rumah kongsi di sebuah lagi tapak projek perumahan di Jalan Selamat, Sungai Bakap ke situ.

“Suspek yang berusia 30 tahun itu telah meminta mangsa mengembali­kan semula wayar penyambung yang dipinjamny­a sebelum berlaku pertengkar­an mulut di antara mereka,” katanya di sini semalam.

Katanya pertengkar­an mereka kemudianny­a berlarutan sehingga suspek bertindak mengambil pisau dan terus menikam dada mangsa beberapa kali.

Shafee berkata selepas ditikam, mangsa berlari keluar dalam keadaan berlumuran darah dari rumah kongsi itu untuk meminta pertolonga­n daripada rakan- rakan lain sebelum dia dilihat rebah.

Katanya pemeriksaa­n awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di dada dan dipercayai tikaman pisau tersebut terkena jantungnya.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki Bangladesh di tapak pembinaan berkenaan bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PASRAH: Tan ( tengah) dipenjara tujuh hari dan didenda RM530,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama PASRAH: Tan ( tengah) dipenjara tujuh hari dan didenda RM530,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia