Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ditahan bantu siasatan serangan bom petrol

-

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan serangan bom petrol di sebuah kelab malam di Kota Damansara, Petaling Jaya petang Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan di Petaling Jaya pada jam 5.30 petang kelmarin.

“Mahkamah Petaling Jaya telah membenarka­n permohonan perintah tahanan reman selama empat hari mulai hari ini ( semalam) untuk membantu siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Seorang pekerja warga Bangladesh berusia 30- an cedera dalam serangan kirakira jam 4.15 petang itu setelah satu daripada dua bom petrol atau ‘molotov cocktail’ yang dibaling di hadapan kaunter bar kelab malam itu meletup.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Zani berkata pihaknya turut menahan dua beradik lelaki yang dipercayai menumbuk dan menyamun seorang wanita warga Indonesia yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan SS 9/7, Sungai Way di Petaling Jaya jam 9.30 malam kelmarin.

Mohd Zani berkata, wanita yang berjalan bersendiri­an itu secara tiba-tiba ditumbuk di bahagian muka manakala seorang lagi suspek merampas telefon bimbit milik mangsa.

Seorang daripada suspek ditangkap orang awam di tempat kejadian setelah mangsa menjerit dan meminta tolong manakala saudaranya ditangkap di Jalan SS 9A/9, Seri Setia pada jam 11.15 malam.

“Polis turut merampas satu unit telefon bimbit Samsung Galaxy J daripada suspek. Kedua-dua beradik berusia 23 dan 25 tahun yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan sehingga menyebabka­n kecederaan,” katanya.

Katanya pemeriksaa­n lanjut mendapati suspek berusia 23 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau kerana menyebabka­n kecederaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia