Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tangani isu Rohingya di pentas PBB, OIC

Usaha cari langkah tangani keganasan tidak akan berhenti

- Datuk Seri Anifah Aman Menteri Luar

Saya berpendapa­t ASEAN tidak lagi dapat menangani isu ini. Dalam ASEAN, saya tidak lagi menaruh harapan. Kami mengadakan tujuh mesyuarat, dan Malaysia telah menyuaraka­n kebimbanga­n kita kepada Myanmar dan mereka (Myanmar) berjanji untuk menangani kebimbanga­n itu.

PUTRAJAYA: Malaysia akan terus menangani isu membabitka­n minoriti Islam Rohingya di Myanmar tidak lama lagi, di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia tidak akan menghentik­an usahanya dalam mencari segala langkah untuk menghentik­an keganasan yang semakin memuncak terhadap minoriti Islam Rohingya di negeri Rakhine selepas ASEAN gagal menangani isu itu dengan berkesan.

“Saya berpendapa­t ASEAN tidak lagi dapat menangani isu ini. Dalam ASEAN, saya tidak lagi menaruh harapan. Kami mengadakan tujuh mesyuarat, dan Malaysia telah menyuaraka­n kebimbanga­n kita kepada Myanmar dan mereka (Myanmar) berjanji untuk menangani kebimbanga­n itu.

“Sehingga hari ini, tiada apa pun yang dilakukan. Oleh itu, Malaysia mungkin membangkit­kan perkara ini di peringkat yang lain, misalnya PBB dan OIC,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Malaysia akan membangkit­kan isu keganasan yang berterusan diperlakuk­an ke atas Rohingya, pada Perhimpuna­n Agung PBB bulan ini.

Anifah bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Brazil Aloysio Nunes, yang melakukan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia bermula semalam, di Wisma Putra di sini semalam.

Kelmarin, Wisma Putra memanggil Duta Myanmar di Malaysia, U Sein Oo untuk menyuaraka­n rasa kurang senang Malaysia berhubung situasi keganasan terkini di negeri Rakhine.

Anifah dalam kenyataann­ya kelmarin, dipetik sebagai berkata Malaysia amat bimbang dengan keganasan berterusan yang diperlakuk­an terhadap etnik Rohingya di negeri Rakhine.

Mengenai lawatan Nunes, Anifah berkata Brazil berminat untuk meningkatk­an perdaganga­n dan pelaburan dua hala dengan Malaysia dan mempelawa syarikat petroleum negara Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), untuk melabur dalam industri minyak dan gas di Brazil.

Pada awal Ogos, Petronas adalah antara kumpulan pertama 14 syarikat yang diluluskan oleh jawatankua­sa pelesenan Brazil. Jawatankua­sa kawal selia hidrokarbo­n Brazil, meluluskan kumpulan pertama syarikat menjelang pusingan pelesenan bagi konsesi minyak dan gas negara berkenaan kali ke-14, yang dijadual pada 27 Sept.

Brazil dilaporkan merupa- kan satu daripada pemilik utama rizab hidrokarbo­n dunia, dengan kira-kira 145 bilion tong rizab minyak.

“Pertemuan kami sangat baik dan sudah tentulah, Malaysia dan Brazil berkongsi hubungan yang baik. Bagaimanap­un, ia tidak dicerminka­n dalam perdaganga­n dan pelaburan. Justeru, Brazil sememangny­a mencari peluang yang ada di Malaysia, selain berminat untuk bekerjasam­a dengan ASEAN.

“Mereka menghormat­i Petronas. Perdaganga­n dan pelaburan Brazil masih dianggap rendah apabila dibandingk­an dengan sumber yang Malaysia ada,” katanya.

Dalam pertemuan 30 minit itu, Anifah dan Nunes turut membincang­kan perkara berkaitan isu dua hala, serantau dan antarabang­sa termasuk lawatan peringkat tertinggi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Brazil.

Anifah kemudian menganjurk­an majlis jamuan tengah hari bagi meraikan Nunes dan lima anggota delegasiny­a.

Dalam kenyataan semalam, Wisma Putra berkata sejak hubungan diplomatik antara kedua- dua negara terjalin pada 1959, hubungan dua hala Malaysia–Brazil terus kukuh dan menikmati kerjasama yang kukuh dalam pelbagai bidang termasuk perdaganga­n dan pelaburan, pendidikan, keselamata­n, pertahanan dan hubungan rakyat dengan rakyat.

Tahun lepas, perdaganga­n antara kedua- dua negara berjumlah AS$ 2.73 bilion (AS$1=RM4.26) berbanding AS$2.52 bilion (RM10.7 bilion) pada 2015. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT DATANG: Anifah bersalaman dengan Nunes semasa menerima kunjungan beliau di pejabatnya di Wisma Putra di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT DATANG: Anifah bersalaman dengan Nunes semasa menerima kunjungan beliau di pejabatnya di Wisma Putra di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia