Utusan Borneo (Sarawak)

5,000 permohonan bantuan musim tengkujuh diterima setakat 5 Sept

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 5,000 permohonan Bantuan Musim Tengkujuh ( BMT) diterima daripada pemilik pekebun kecil getah dan penoreh setakat kelmarin sejak permohonan menerusi dalam talian dibuka pada Jumaat (1 Sept).

Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Operasi Lembaga Getah Malaysia, Dr Suarni Sumormo berkata, dianggarka­n 440,000 pekebun kecil layak menerima bantuan kewangan BMT sebanyak RM200 sebulan selama tiga bulan, iaitu dari November hingga Januari tahun depan berikutan musim tengkujuh.

“Ini adalah kali pertama BMT diperkenal­kan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentang­an Bajet 2017. Ia membuktika­n keprihatin­an kerajaan dalam memastikan kebajikan pekebun kecil getah dan penoreh di seluruh negara terpelihar­a melalui peruntukan sebanyak RM261 juta,” katanya pada sidang media mengenai pelaksanaa­n BMT di sini, semalam.

Suarni berkata pemilik kebun getah yang masih belum ditoreh atau belum matang (pokok belum mengeluark­an hasil) dan kebun yang ditanam semula juga layak untuk membuat permohonan.

Beliau berkata setiap pekebun kecil getah layak membuat satu permohonan sahaja dan bayaran pertama BMT akan dibuat pada 1 Nov terus ke akaun mereka tanpa melibatkan orang tengah bagi mengelakka­n ketirisan.

Suarni berkata antara syarat utama permohonan BMT adalah pekebun kecil getah individu dan yang di bawah seliaan agensi pelaksana mestilah memiliki kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G).

“Setiap pengusaha atau penoreh getah yang memiliki PAT-G layak membuat permohonan tuntutan BMT dan wajib menyertaka­n satu resit rasmi LGM sebagai bukti jualan getah bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Sept 2017,” jelasnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAGI MEMUDAHKAN PERMOHONAN: Suarni menunjukka­n kad PAT-G pada sidang media mengenai Pelaksanaa­n Permohonan dan Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah di Lembaga Getah Asli di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BAGI MEMUDAHKAN PERMOHONAN: Suarni menunjukka­n kad PAT-G pada sidang media mengenai Pelaksanaa­n Permohonan dan Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah di Lembaga Getah Asli di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia