Utusan Borneo (Sarawak)

CAP minta kerajaan perkenal semula cukai pewarisan

-

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangk­an agar kerajaan memperkena­lkan semula cukai pewarisan dan mengubah suai cukai tertentu sedia ada bagi membantu merapatkan jurang antara golongan kaya dengan yang miskin.

Presidenny­a S M Mohamed Idris berkata cukai pewarisan serta bentuk percukaian lain yang berkaitan seperti cukai kekayaan, cukai keuntungan modal dan cukai hadiah jika dilaksanak­an dengan betul akan memberikan tabungan kepada negara.

“Cukai pewarisan iaitu sama dengan duti harta atau cukai harta dinilai ke atas nilai bersih harta individu ketika kematian dan tidak semua harta tertakluk kepada cukai malah hanya harta melebihi nilai tertentu yang dikira.

“Cuma CAP hendak tegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak seharusnya bimbang atau takut dengan cukai pewarisan itu kerana mereka tidak perlu membayar sedikit pun cukai pewarisan melainkan mereka mempunyai aset bernilai berjuta ringgit dan ia hanya dikenakan kepada mereka yang teramat kaya dan bukannya rakyat biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, CAP juga berpendapa­t cukai pewarisan itu adalah antara cara terbaik untuk menangani ketidaksei­mbangan kekayaan dan merapatkan jurang antara golongan miskin dan kaya.

Mohamed Idris berkata Thailand telah memperkena­lkan semula cukai pewarisan pada 1 Feb 2016, selepas 72 tahun, dengan kerajaan menyatakan bahawa tujuan pelaksanaa­nnya amat penting bagi meningkatk­an asas cukai untuk menjana hasil pendapatan, memajukan negara serta memperting­katkan kehidupan golongan kurang bernasib baik.

Beliau berkata CAP berharap isu itu dapat dibincangk­an dalam Bajet 2018 apabila ia dibentangk­an pada Oktober ini serta menggesa kerajaan memperkena­lkan semula cukai pewarisan yang dihentikan pada 2001.

Katanya Malaysia juga memansuhka­n duti harta pada 1991 dan sebelum langkah itu diambil, duti harta dikenakan hanya jika nilai bersih harta melebihi RM2 juta dan kadarnya ialah lima peratus ke atas harta bernilai RM2.4 juta dan 10 peratus setiap yang melebihiny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia