Utusan Borneo (Sarawak)

Profesiona­l penjagaan kesihatan dan pengguna perlu tahu fasa berbeza denggi

-

KUALA LUMPUR: Golongan profesiona­l penjagaan kesihatan dan pengguna perlu peka terhadap fasa berlainan dalam jangkitan denggi yang menunjukka­n gejala berbeza, yang mana sekiranya tidak dikenal pasti boleh menyebabka­n kematian.

Naib Presiden Persatuan Farmaseuti­kal Malaysia (MPS) Bharati Suresh Chand berkata terdapat beberapa ruang yang mana maklumat mengenai denggi kurang dan profesiona­l penjagaan kesihatan dan pengguna tidak menghirauk­an gejala penyakit itu.

“Banyak pesakit apabila mengalami demam, mereka hanya tahu bahawa gejala denggi ialah demam panas. Tetapi ada fasa dalam penyakit denggi iaitu fasa kritikal yang datang selepas fasa demam.

“Apabila anda mengalami fasa kritikal, sistem (badan) anda ditutup dan tiada demam. Jadi, ada kemungkina­n apabila pesakit ke klinik atau farmasi, dan kami sebagai profesiona­l penjagaan kesihatan hanya melihat kepada demam sahaja, kami mungkin berfikir dan menidakkan denggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbincang­an panel pada program ‘Pendedahan Kaji Selidik Denggi di Asia Tenggara’ di sini semalam.

Fasa demam pula terjadi antara tiga dan tujuh hari apabila pesakit menghidapi demam panas secara tiba-tiba yang biasanya disertai dengan sakit kepala, sakit otot dan gejala gastro-intestinal.

Terdahulu pada program yang dianjurkan oleh Allied Against Dengue itu, kaji selidik berkenaan mendedahka­n 80 peratus daripada 500 responden rakyat Malaysia, bimbang dengan penyakit denggi tetapi hanya satu perempat daripada mereka merasa bersedia atau faham mengenai penyakit itu.

Menurut South East Asia Dengue Survey yang ditugaskan oleh Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmith­Kline ( GSK), walaupun terdapat kebimbanga­n yang meluas, pemahaman tentang risiko, simptom dan pengurusan denggi sangat kurang.

“Lebih separuh daripada individu yang dikaji selidik menyifatka­n diri mereka sebagai berpengeta­huan dalam mengenal pasti simptom dan hanya 33 peratus yang menyedari bahawa ia tiada ubat,” menurut kaji selidik itu.

Kajian itu juga menunjukka­n risiko tambahan denggi di Malaysia yang meningkatk­an potensi salah diagnosis atau menguruska­n penyakit ini dengan tidak betul, yang boleh meningkatk­an kemungkina­n komplikasi yang mengancam nyawa.

“Jadi, di sinilah peranan kami (profesiona­l penjagaan kesihatan). Kami harus lebih sensitif dan melihat kepada gejala seperti tekanan darah rendah, tangan yang sejuk, kesukaran bernafas dan sangat lemah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia