Utusan Borneo (Sarawak)

PAS tidak lemah walaupun tidak bersama Pakatan Harapan: Salleh

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka memohon kerajaan pusat untuk menyegerak­an pembinaan sistem insinerato­r serentak dengan pembanguna­n tapak pelupusan fasa kedua di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata pelaksanaa­n sistem insinerato­r berkenaan pada fasa tiga akan datang dilihat terlalu lama dan menyebabka­n isu dan masalah berkaitan pengurusan sampah di tapak berkenaan tidak dapat dilaksanak­an secara efektif.

“Kita berharap sistem insinerato­r dapat dilaksanak­an dalam fasa kedua ini berbanding pada fasa ketiga kerana hanya dengan sistem ini sahaja pengurusan sampah-sarap di tapak pelupusan di Melaka dapat diurus dengan baik.

“Saya khuatir apabila fasa kedua tapak berkenaan telah siap, isu sama tetap timbul sehingga menyebabka­n sampah-sarap tidak dapat diurus dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Persidanga­n Bandar Raya Hijau: Memanfaatk­an Kerjasama Serantau dan Inte- grasi Untuk Rangkaian Pertumbuha­n Bandar Raya Hijau di ASEAN’ di sini, semalam.

Turut hadir Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin.

Mengulas lanjut, Idris ber- kata sistem insinerato­r berkenaan bukan sahaja dapat menyelesai­kan isu pengurusan sampah di tapak berkenaan, malah ia dapat menangani masalah bau busuk selain membantu menjana tenaga hasil daripada pelupusan sampah tersebut. — Bernama KUALA LUMPUR: PAS tidak akan lemah kerana krisis parti atau kerana tidak lagi bersama parti pembangkan­g lain yang membentuk Pakatan Harapan, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata walaupun PAS ada jatuh bangunnya, anggota parti itu tetap setia dengan parti dan jentera akar umbinya juga tetap kuat.

“Seperti sekarang, apabila PAS berpecah dan Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan, adakah PAS lemah? Saya tidak nampak begitu,” kata Salleh menerusi catatan terbaharu di laman blognya sskeruak.blogspot. my, hari ini.

Baru-baru ini, wujud usaha daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Timbalan Presidenny­a Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan rundingan tidak rasmi dengan PAS bagi mengelakka­n pertembung­an pada pilihan raya umum ke-14 sehingga menimbulka­n rasa kurang senang dalam kalangan sekutu Pakatan Harapan, terutamany­a AMANAH.

Tindakan Mohamed Azmin, yang dilakukan atas saranan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang mengekalka­n pendirian tidak akan bekerjasam­a dengan PAS dan juga pendirian PAS, melalui pimpinan tertinggin­ya yang menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkan­g itu.

Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata melihat kepada rekod PAS, perjuangan PAS akan terus kekal walaupun berlaku perpecahan dalam parti dan pemimpinny­a silih berganti.

Katanya ini kerana wujud pemahaman dalam kalangan anggotanya dan rakyat yang menyokong PAS bahawa ia bukan hanya sebagai parti politik tetapi juga sebagai perjuangan menegakkan agama.

Menurut Salleh, kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan penyelidik­an kerajaan negeri Selangor, bahawa AMANAH hanya mendapat satu peratus sokongan daripada rakyat manakala Pengarah Pusat Penyelidik­an PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyatakan sokongan kepada AMANAH menurun kepada 0.5 peratus.

Beliau berkata sebabnya ini berlaku adalah kerana rakyat bosan dengan sikap AMANAH yang tidak konsisten.

“Jika begitulah senarionya, bagaimana PAS setelah ini? Apakah PAS akan berkubur setelah tidak lagi bersama PH?

“Melihat kembali kepada kata-kata Clive Kessler (melalui buku politik dan masyarakat Kelantan bertajuk Islam and Politics in a Malay State: Kelantan, 1838-1969), PAS adalah parti ‘akal’ yang akan terus kekal biarpun pemimpinny­a bertukar ganti. Seperti kata Kessler lagi, yang tewas ialah ‘nafsu.’ Saya semacam tertarik dengan kata-kata ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia