Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM tunggu maklum balas daripada pentadbira­n Azmin

-

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor disaran segera mencontohi negeri-negeri lain yang telah menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) memandangk­an hanya negeri itu masih belum berbuat demikian.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pentadbira­n Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengadakan perbincang­an berhubung ikrar tersebut.

“Setakat ini, 90 organisasi negeri dan persekutua­n di Selangor sudah menandatan­gani IBR, malah jumlah komitmen yang ditunjukka­n di sini adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain dan kita sasar bilanganny­a akan bertambah menjelang hujung tahun ini.

“Cuma kerajaan Selangor masih belum beri kata putus. Kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan Kelantan akhirnya akur untuk turut serta dalam IBR dan diharapkan kerajaan Selangor juga dapat ambil langkah sama serta tidak terkecuali dalam hal ini,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatan­gani IBR dan bacaan ikrar oleh kakitangan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohammad Yacob.

Upacara berkenaan turut disaksikan Pengerusi PWS,

Setakat ini, 90 organisasi negeri dan persekutua­n di Selangor sudah menandatan­gani IBR, malah jumlah komitmen yang ditunjukka­n di sini adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain dan kita sasar bilanganny­a akan bertambah menjelang hujung tahun ini.

Datuk Ramli Mahmud.

Mengulas lanjut, Wan Ramli berkata bagi sektor pihak berkuasa tempatan ( PBT) di Selangor pula, hanya Majlis Perbandara­n Subang Jaya ( MPSJ) dan Majlis Perbandara­n Kajang ( MPKJ) belum menandatan­gani IBR namun pihaknya yakin kedua-dua agensi itu akan melakukann­ya sebelum hujung tahun ini.

Beliau turut menggalakk­an lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi lain yang beroperasi di Selangor untuk segera menyertai langkah terbaharu SPRM itu dalam usaha mencegah gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, Mohammad berkata langkah yang diambil PWS untuk bekerjasam­a dengan SPRM adalah sebagai janji kepada pewakaf bahawa agensi itu akan mentadbir setiap harta serta wang yang disalurkan dengan telus dan berintegri­ti. — Bernama

 ??  ?? SERAH IBR: Ramli (tengah) menyerahka­n Ikrar Bebas Rasuah kepada Wan Ramli (kiri) selepas melafazkan serta menandatan­gani ikrar tersebut pada Majlis Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah di Bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam semalam.
SERAH IBR: Ramli (tengah) menyerahka­n Ikrar Bebas Rasuah kepada Wan Ramli (kiri) selepas melafazkan serta menandatan­gani ikrar tersebut pada Majlis Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah di Bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia