Utusan Borneo (Sarawak)

Program AZAM Tani berjaya bantu rakyat keluar garis kemiskinan

-

POKOK SENA: Program AZAM Tani yang dikelolaka­n Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) terbukti berjaya mengeluark­an penduduk luar bandar di negeri ini daripada garis kemiskinan melalui peruntukan berjumlah RM2.3 juta sejak empat tahun lalu.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi FAMA Kedah, Mohamad Paisal Amri berkata daripada 230 peserta yang menyertai program itu di negeri ini, 155 daripadany­a telah berjaya meningkatk­an pendapatan melebihi paras garis kemiskinan RM930 sebulan.

Katanya, para peserta yang terdiri daripada lima daerah di negeri ini iaitu Kulim, Baling, Sik, Pokok Sena dan Padang Terap telah berjaya memperbaik­i taraf ekonomi mereka sejak terbabit dengan program tersebut yang menggunaka­n pendekatan kumpulan fokus.

“Prestasi jualan mereka akan dipantau dan jika tidak memberangs­angkan kita akan bantu dari segi menyediaka­n tapak di Pasar Tani atau pasar FAMA untuk mereka menambah jualan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Azam Tani daerah Pokok Sena dan Padang Terap, di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 30 peserta dari Pokok Sena dan Padang Terap menerima bantuan peralatan seperti mesin jahit, mesin kerisik, mesin kelapa, peti sejuk, mesin rumput, mesin semburan racun dan baja serta kabinet memasak.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin meminta agar peserta tidak menyalahgu­nakan bantuan peralatan yang diberikan oleh kerajaan ini.

“Saya difahamkan jika mereka menyalahgu­nakan peralatan ini, FAMA akan menarik semula peralatan tersebut dan ini tentunya akan merugikan para peserta,” katanya. — Bernama

 ??  ?? BANTUAN PERALATAN: Sebahagian peserta melihat bantuan peralatan yang diterima mereka pada majlis Penyerahan Bantuan Program AZAM Tani Daerah Pokok Sena dan Padang Terap di Pokok Sena semalam.
BANTUAN PERALATAN: Sebahagian peserta melihat bantuan peralatan yang diterima mereka pada majlis Penyerahan Bantuan Program AZAM Tani Daerah Pokok Sena dan Padang Terap di Pokok Sena semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia