Utusan Borneo (Sarawak)

UTC Seremban dijangka beroperasi awal tahun depan

-

SEREMBAN: Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di bangunan Angsana, Ampangan di sini dijangka beroperasi awal tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kerja-kerja penyelengg­araan dan menaik taraf bangunan Angsana setinggi tiga tingkat itu telah bermula Ogos lepas.

“UTC ini adalah yang pertama di negeri ini. Apabila siap kelak, ia dapat memberi perkhidmat­an kepada penduduk di sekitar kawasan Ampangan, Paroi, Panchor, Sikamat dan Senawang,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco di sini, kelmarin.

Katanya UTC adalah satu daripada usaha dan inisiatif kerajaan bagi menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an utama kerajaan kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

“UTC adalah satu kemudahan yang baik selaras dengan pelan transforma­si kerajaan untuk membawa perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat dengan meletakkan perkhidmat­an ini di bawah satu bumbung.

“Dengan adanya UTC ini orang ramai tidak perlu lagi pergi ke bangunan kerajaan yang lain dan ini menjimatka­n kos dan masa,” katanya.

Sementara itu, katanya Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Rembau yang telah dibuka pada Sept 2016, bukan sahaja mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk sekitar, malah juga dari Melaka.

Katanya RTC kedua di negeri ini sedang dirancang untuk diwujudkan di daerah Jempol untuk kawasan di sebelah timur Negeri Sembilan.

Katanya RTC adalah pelengkap untuk mensejahte­rakan hidup rakyat selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu ‘Memakmurka­n Negeri, Mensejahte­rakan Rakyat’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia