Utusan Borneo (Sarawak)

Perak harap tiada caj parkir di stesen kereta api

-

IPOH: Kerajaan negeri Perak meminta Perbadanan Aset Keretapi (RAC) supaya mempertimb­ang atau menangguhk­an sementara cadangan untuk mengenakan caj tempat letak kereta di stesen kereta api seluruh negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pertimbang­an semula atau penangguha­n itu penting bagi membuat kajian secara terperinci untuk mengelak sebarang keresahan terhadap masyarakat.

Selain itu, katanya ia juga dilihat tidak selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakk­an orang ramai menggunaka­n pengangkut­an awam.

“Isu ini akan beri impak atau imej tidak baik kepada perkhidmat­an kereta api. Mereka (perbadanan) patut berikan kemudahan (tempat letak kereta) kepada penumpang yang menggunaka­n perkhidmat­an kereta api.

“Saya harap pihak perbadanan pertimbang semula caj parkir ini kerana tak mungkin itu sahaja sumber pendapatan mereka,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Perak di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya difahamkan RAC akan mula mengenakan caj tempat letak kereta di Stesen Tanjong Malim semalam.

Selain itu, Zambry berkata mesyuarat Exco pada semalam sebulat suar a memohon kepada masyarakat di seluruh Perak khususnya di bandar raya Ipoh agar sama- sama menjaga kebersihan.

“Ada laporan lori kecil buang sampah di kawasan berhampira­n tepi jalan dan ini tidak bertanggun­gjawab, sangat menyedihka­n,” katanya.

Zambry berkata masyarakat juga tidak seharusnya hanya meletakkan tanggungja­wab menjaga kebersihan kepada kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan sematamata. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia