Utusan Borneo (Sarawak)

Harapan Argentina, Chile kembali samar

Uruguay hampiri kelayakan Piala Dunia 2018 selepas tewaskan Paraguay 2-1 di Asuncion

-

MONTEVIDEO, Uruguay: Harapan kelayakan ke Piala Dunia buat Argentina dan Chile kembali meruncing Selasa lepas selepas tercicir mata pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan.

Argentina memerlukan gol sendiri dalam separuh masa kedua untuk mengikat Venezuela, yang sudah tersingkir dari saingan, 1-1 di Buenos Aires sementara Chile tewas 01 kepada Bolivia di La Paz.

Keputusan seri menyebabka­n Argentina dan juga Chile, juara Copa Amerika, kekal di luar slot kelayakan automatik atau empat teratas kumpulan kelayakan Zon Amerika Selatan. Ia juga sekali gus memastikan baki dua perlawanan kelayakan bulan hadapan lebih mendebarka­n.

Argentina kekal di tangga kelima dengan 24 mata dari 16 perlawanan sementara Chile kekal dengan 23 mata di tangga keenam.

A r -

Kami mempunyai baki dua perlawanan lagi menentang Peru dan Ecuador dan kami perlu memenangi keduadua perlawanan itu.

gentina – yang akan berdepan New Zealand pada perlawanan playoff terakhir kelayakan jika kekal di tangga kelima pada akhir kempen – menanti kunjungan Peru bulan hadapan sebelum bertandang ke Ecuador. Chile akan menentang Ecuador di tempat sendiri sebelum berkunjung ke Brazil, y a n g s u d a h layak, lima hari kemudian. Brazil kekal di tangga teratas selepas seri 1-1 dengan Col omb i a , yang berada di tangga ketiga kumpulan. Gol cantik Willian membolehka­n Brazil g a n membuka jarinp a d a mini t a k h i r s e b e - lum rehat tetapi Colombia mengikat k e d u d u k a n menerusi tandukan Radamel Falcao. Di Buenos Aires, jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli mengakui pasukannya mensia-siakan peluang terbaik untuk melonjak ke empat tangga teratas ekoran kekalahan Chile pada perlawanan awal.

Sampaoli menyalahka­n permainan hambar dalam separuh masa pertama menjadi punca kegagalan pasukannya mengutip tiga mata penuh ketika menentang Venezuela.

“Kami mempunyai baki dua perlawanan lagi menentang Peru dan Ecuador dan kami perlu memenangi kedua-dua perlawanan itu,” kata Sampaoli. “Kami mempunyai tiga peluang untuk menjaringk­an gol dalam separuh masa pertama dan segala-galanya mungkin sudah boleh dicapai.

“Kami harus terus berusaha dan memberi kekuatan kepada pemain.”

Jurulatih Chile, Juan An- tonio Pizzi, mempunyai pandangan yang sama dengan Sampaoli selepas melihat pasukannya kecundang di La Paz.

“Kami akan terus berusaha untuk dua lagi perlawanan dan cuba mendapat keputusan terbaik yang akan membolehka­n kami layak,” kata Pizzi.

Uruguay pula menghampir­i kelayakan selepas menewaskan Paraguay 2-1 di Asuncion.

Paraguay, yang bersemanga­t tinggi selepas menewaskan Chile 3-0 di Santiago bulan lepas, dikejutkan dengan dua gol Uruguay.

Federico Valverde meletakkan Uruguay di hadapan pada minit ke-76 sebelum Luis Suarez menambah jaringan.

Angel Romero merapatkan kedudukan buat Paraguay tetapi harapan untuk kebangkita­n terlalu lewat.

Kemenangan mengekalka­n Uruguay di tangga kedua dengan 27 mata dan kemenangan ke atas Venezuela bulan hadapan mengesahka­n kelayakan mereka ke Rusia.

Paraguay, di tangga ketujuh, masih mempunyai satu peluang walaupun tipis tetapi perlu menewaskan Colombia dan Venezuela dan mengharapk­an keputusan lain memihak kepada mereka untuk mengintai peluang. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SAMPAOLI AKSI HAMBAR: Sanchez (kiri) melepasi kekangang pemian pertahanan Bolivia ketika beraksi pada perlawanan di Estadio Hernando Siles, La Paz, Bolivia pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters SAMPAOLI AKSI HAMBAR: Sanchez (kiri) melepasi kekangang pemian pertahanan Bolivia ketika beraksi pada perlawanan di Estadio Hernando Siles, La Paz, Bolivia pada Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia