Utusan Borneo (Sarawak)

Salah pastikan Mesir hampiri penampilan pertama Piala Dunia sejak 1990

-

JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan: Mesir menghampir­i penampilan pertama di Piala Dunia sejak 1990 apabila menewaskan Uganda 1-0 menerusi gol awal penyerang Mohamed Salah dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Afrika.

Stadium Borg El Arab di Alexandria yang dipenuhi dengan 85,000 penonton, berpesta kegembiraa­n seawal minit keenam apabila Salah membuka jaringan seawal minit keenam untuk perlawanan dalam Kumpulan E.

Salah meloloskan diri di sebalik pemain pertahanan lawan dan walaupun rembatan pertamanya ditepis penjaga gol Denis Onyango, beliau berjaya menolak bola muntah untuk memastikan pasukannya melonjak ke tangga teratas kumpulan.

Ia adalah gol pertama yang dibolosi Uganda sepanjang 456 minit perlawanan dalam kempen kelayakan ini, di mana mereka menamatkan lima perlawanan berturut-turut sebelum ini tanpa bolos.

Mesir mencipta lebih banyak peluang tetapi ketangkasa­n Onyango, Pemain Terbaik (Tempatan) Afrika 2016 itu menghidupk­an peluang Uganda.

Mesir akan melayani kunjungan pasukan tercorot, Kongo Brazzavill­e pada bu- lan Oktober dan kemudian menentang Ghana (tempat ketiga) pada bulan November dan dua kemenangan itu akan memastikan kelayakan mereka ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Pemain tengah, Thomas Partey menjaringk­an hatrik ketika Ghana menghidupk­an peluang tipis ke Piala Dunia yang keempat berturut-turut dengan kemenangan 5-1 ke atas Kongo Brazzavill­e.

Mesir mengumpul sembilan mata dari empat perlawanan dengan Uganda tujuh, Ghana lima dan Kongo hanya satu.

Walaupun Mesir merupakan kuasa bola sepak Afrika dengan memenangi Piala Negara Afrika untuk rekod tujuh kali, mereka dianggap bergelut di Piala Dunia dan hanya layak sebanyak dua kali.

Pendahulu kumpulan, Ivory Coast, dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Gabon di tempat sendiri dalam aksi Kumpulan C tetapi kekalahan itu tidak terlalu membimbang­kan selepas pasukan di tangga kedua, Maghribi, hanya seri tanpa jaringan dengan Bamako.

Axel Meye dan Mario Lemina menjaringk­an gol dalam tempoh 10 minit separuh masa pertama untuk Gabon, yang tewas 0-3 kepada Ivory Coast tiga hari yang lalu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PESTA GOL: Para pemain Sepanyol meraikan jaringan Morata (kiri) pada perlawanan di Vaduz, Liechtenst­ein Selasa lepas.
— Gambar AFP PESTA GOL: Para pemain Sepanyol meraikan jaringan Morata (kiri) pada perlawanan di Vaduz, Liechtenst­ein Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia