Utusan Borneo (Sarawak)

Itali kembali mencipta kemenangan

-

REGGIO EMILIA, Itali: Gol Ciro Immobile dalam separuh masa kedua memastikan Itali kembali mencipta kemenangan dengan menewaskan Israel 1-0 di Selasa lepas untuk menghampir­i kelayakan Piala Dunia 2018.

Selepas tewas 0-3 kepada Sepanyol di Santiago Bernabeu minggu lepas, Itali memerlukan kemenangan untuk meneruskan impian memburu tempat teratas Kumpulan G, yang memberikan slot kelayakan automatik ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Itali masih mempunyai satu peluang untuk menamatkan saingan kelayakan selaku juara kumpulan selepas berada kurang tiga mata di belakang Sepanyol dengan baki dua perlawanan tetapi tempat ke playoff terakhir kelayakan semakin dalam genggaman.

Sepanyol mengekalka­n kedudukan mereka dengan membelasah Liechtenst­ein 8-0.

Tiga mata di Stadium Mapei membantu Itali mengukuhka­n kedudukan di tangga kedua, enam mata di hadapan pasukan di belakangny­a, Albania, yang diikat 1-1 oleh Macedonia.

“Ia jelas di mana kemenangan adalah yang paling utama, tetapi saya berasa gembira,” kata jurulatih Itali, Giampiero Ventura.

“Kami menghabisk­an 80 minit dalam kawasan lawan, walaupun kami tidak bermain dengan agak baik dalam separuh masa pertama. Ia adalah satu langkah kecil yang seharusnya meyakinkan kami untuk melakukan yang lebih baik lagi.”

Itali, yang beraksi tanpa Giorgio Chiellini kerana kecederaan dan Leonardo Bonucci kerana penggantun­gan bermain agak hambar.

Marco Verratti, pemain yang paling dikenali ketika tewas kepada Sepanyol, gagal memperbaik­i permainany­a dan juga menerima satu kad kuning yang menyebabka­n- nya digantung bermain apabila menentang Macedonia pada bulan Oktober. Beliau juga dicemuh penonton apabila meninggalk­an padang.

Pasukan tuan rumah boleh membuka jaringan seawal minit pertama tetapi rembatan Andrea Belotti tersasar.

Selepas rehat, Itali meningkatk­an permainan dengan peluang pertama buat Immobile pada minit ke-48 tetapi tersasar sebelum lima minit kemudian, beliau menebus kekecewaan dengan gol dari satu umpanan Antonio Candreva.

“Kami memerlukan satu kemenangan, ia sesuatu yang positif,” kata Candreva. “Se- lepas gol itu, kami mula bermain dengan lebih tenang.”

Israel bermain tanpa kapten pasukan, Eran Zahavi, yang menamatkan kerjaya bola sepak antarabang­sa kerana marah apabila pasukannya dicemuh penyokong sendiri di Haifa ketika tewas mengejut kepada Macedonia, kekalahan kelima mereka dalam kempen kelayakan.

Itali akan menentang Macedonia di Turin dan bertandang ke Albania pada bulan Oktober depan.

Kali terakhir Itali beraksi di playoff Zon Eropah ialah pada 1997 untuk layak ke Piala Dunia 1998 di Perancis. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGIT: Immobile (kanan) bersaing dengan pemain Israel pada perlawanan di Reggio Emilia, ItalI pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters SENGIT: Immobile (kanan) bersaing dengan pemain Israel pada perlawanan di Reggio Emilia, ItalI pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia